Biarkan perabot kena panas matahari je kot

Seorang pembantu rumah wanita yang bekerja di Arab Saudi dengan sebuah keluarga kaya dikenakan huukuman yang boleh dikatakan tidak masuk akal dan melampau berbanding dengan kesa|ahan yang dilakukannya.

Pembantu rumah tersebut yang bernama Lovely Acosta Baruelo dikatakan membuat majikannya naik hangin apabila meninggalkan sebuah perabot mewah di luar rumah yang menyebabkan perabot itu terkena panas matahari.

Gambar pembantu rumah ini diikat di sebatang pokok halaman rumah majikannya yang terletak di Riyadh diambil oleh rakan sekerjanya pada 9 Mei yang lepas.

Majikan pembantu rumah tersebut berbuat demikian kerana ingin menunjukkan kerosakan perabot yang dilakukan akibat panas matahari.

Akibat daripada kejadian tersebut seorang rakannya telah meminta pertolongan daripada Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina. Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina telah membantu Lovely dengan menghantarnya ke pangkuan keluarga di La Union, Filipina.

Difahamkan majikan mereka juga sering memotong gaji kerana kesalahn kesalahan kecil yang dilakukan oleh mereka. Ini juga antara penyebab mereka jatuh sakit.

Dianggarkan lebih 2.3 juta warga Filipina yang bekerja di Timur Tengah dan Afrika dengan lebih separuh daripadanya adalah wanita.

Ingatlah pembantu rumah tetap ada perasaan jangan kita suka suka hati nak buat perkara yang melampaui batas.

Jika kita berbuat baik dengan orang tak kira lah dengan siapa sekali pun insyaAllah orang lain akan juga berbuat baik dengan kita.

 

The post Biarkan perabot kena panas matahari je kot appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top