Berang Ayam Gorengnya Lambat Sampai, 2 Lelaki India Cetus Kec0h Di KFC

Heboh di media sosial video seorang lelaki hilang sabar kerana hidangan yang dipesannya di sebuah restoran makanan segera masih belum disiapkan.

Dalam kejadian yang berlaku di KFC Teluk Intan, lelaki terbabit bersama seorang lagi lelaki yang dipercayai ahli keluarganya, menjerit umpama hilang akal terhadap kakitangan KFC yang lambat menyiapkan ayam goreng yang dipesannya.

Lelaki itu berkata, dia sudah membuat bayaran tetapi hidangan masih belum disiapkan. Dia juga bengang dengan perkhidmatan restoran itu dan melemparkan kata-kata kurang enak sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan lain dalam premis tersebut.

Kemuncaknya apabila lelaki itu mula menghentak meja, salah seorang pelanggan berhampiran yang sudah hilang sabar mula mema rahi lelaki itu.

“Berapa lama dah kita di sini? Saya dah bayar, mana dia (hidangan yang dipesan)? Berapa lama (lagi nak tunggu)?

“Saya marah tau tak? Saya lapar tau!” jerit lelaki itu.

Menurut pelanggan itu, kakitangan di kaunter KFC sudah menjelaskan bahawa pelanggan perlu menunggu kira-kira 20 atau 25 minit untuk ayam goreng siap dimasak. Bukan itu saja, dia turut meminta lelaki terbabit mengawal emosinya dari terus menimbulkan kekecohan di premis itu.

“WOI! WOI! Sabar boleh tak! Saya tau, dia (pekerja KFC) sudah beritahu 20-25 minit. You bising tau! Diorang (pelanggan lain) mau makan!” kata pelanggan lain. 

Tidak berpuas hati ditegur, lelaki tua berbaju kuning itu pula tampil mempertahankan ahli keluarganya itu dan bangkit berdepan dengan pelanggan terbabit.

Tindakannya itu menambahkan lagi rasa kurang senang pelanggan itu yang lalu memarahinya bertubi-tubi serta mengajaknya keluar dari premis itu sekiranya mahu bergaduh.

Keadaan yang tegang itu memaksa pelanggan berhampiran menjauhkan diri kerana bimbang dengan keselamatan diri mereka.

Namun begitu lelaki berbaju kuning itu nampaknya tidak mengendahkan ajakan pelanggan Melayu tersebut lalu duduk di tempatnya semula.

Tidak diketahui apa penyudah kejadian itu rata rata penonton yang menyaksikan video itu menyelar sikap kurang sabar dua lelaki india terbabit yang juga tidak beradab dan mengganggu ketenteraman awam.

Lihat komen penonton yang jelas tidak senang dengan tindakan tidak bertamadun dua lelaki india tersebut

Sumber : thereporter

The post Berang Ayam Gorengnya Lambat Sampai, 2 Lelaki India Cetus Kec0h Di KFC appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top