Baru Dua Hari Puasa Akhirnya Taktik Kaki Ponteng Puasa Di Hidu JAIM, Tak Sangka Ini Yang JAIM Jumpa

MENGGUNAKAN khidmat ‘runner’ (orang tengah) untuk menempah makanan. Itulah taktik digunakan kaki ponteng puasa bagi mengelakkan perbuatan mereka dihidu umat Islam lain dan penguat kuasa.

Taktik itu dikesan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Operasi Khas Ramadan, dijalankan, hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM Datuk Rahimin Bani berkata, taktik itu dikesan pihaknya apabila terserempak dengan lelaki berusia 20-an di satu lokasi pemeriksaan.

“Pada awalnya kami terserempak lelaki menunggang motosikal itu di sebuah medan selera, namun ketika pemeriksaan di lokasi kaki ponteng berkumpul dia juga ada di situ.

“Berikutan itu kami tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan bertindak sebagai runner,” katanya selepas tamat operasi.

Rahimin berkata, dalam operasi dijalankan selama lebih lima jam bermula 9 pagi, sebanyak 25 lokasi menjadi tumpuan kaki ponteng puasa sepanjang Ramadan, sekitar Daerah Melaka Tengah diperiksa.

“Hasilnya lima saman hadir dikeluarkan JAIM kepada kaki ponteng puasa dan peniaga berusia antara 35 hingga 57 tahun.

“Ketika pemeriksaan dilakukan seorang peniaga didapati menjual makanan kepada pelanggan beragama Islam, manakala dua individu didapati merokok dan dua lagi lelaki didapati membeli makanan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang dikeluarkan saman hadir ini akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

“Selain pemeriksaan sebanyak 25 poster Penghayatan Ramadan turut ditampal di premis yang dilawati,” katanya.

Jom Lihat Kata-kata Netizen

Makan kat rumah je la

“pelik betul aku dgn org xpuasa ni.. xboleh ke mkn kat rumah je.. perlu ke mkn kat luar smbil main sorok2 dgn pihak brkuasa.. x ke bodoh bangang namanya tu..”

Biar dia menjawab dengan Allah SWT

“Biar dia menjawab dgn Allah jika benar Allah yg berkuasa .apa kedudukan kita menghukum perbuatan seseorang itu yg mengingkari hukum2 agama selagi tidak mnyusahkn pihak lain dan jenayah .sekadar pandangan.”

Moga kita diberi Rahmat dari Allah

“Moga kita diberi rahmat oleh الله..moga dibulan mulia kita dibukakan hati utk sentiasa melakukan perkara yg baik meninggalkan perkara yg dilarang”

Muda pulak tu

“Hek eleh.. lembik.. muda plak tu.. malulah kalau tak boleh puasa jika sihat walafiat.. budak skolah pon boleh puasa penuh.. kesian.. lembik..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top