Ayah Bella pulak luahan perasaan setelah lama dia pendam

“MASIH ada keluarga yang selalu di belakang kakak (Bella),” kata bapa Bella Astillah iaitu Awang Astillah selepas anaknya bercerai dengan penyanyi Aliff Aziz, semalam.

Awang Astillah menerusi status dimuat naik di Instagram turut mendoakan Bella berada dalam keadaan baik tanpa perlu mengambil pusing cakap-cakap orang sekeliling mengenai perceraian itu.

“Ayah doakan anak ayah baik-baik saja. Biarlah orang nak cakap apa. Susah senang hanya keluarga yang tahu. Apa yang penting, jaga Ayden dan besarkan dengan baik supaya menjadi anak soleh,” katanya.

Sementara itu, adik Bella yang juga penyanyi, Didi Astillah mendokan semoga kakaknya sentiasa kuat dalam setiap dugaan.

“Kak Long tenang hadapi dugaan ini. Mungkin sebab Kak Long ikhlas dengan setiap benda dilakukan. Terima kasih kerana menjadi contoh yang baik untuk adik-adik dan setiap wanita yang melalui perkara sama di luar sana,” katanya.

Semalam, Aliff melafazkan cerai talak satu terhadap Bella di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Family mana yang tak sedih apabila ada keluarga yang ditimpa masalahkan. Terbaiklah family Bella.

Cerita Berkaitan

Apa pun yang diperkatakan oleh orang, kami semua tetap sayang Ayden terutama Daddy (Aliff Aziz). Semoga Ayden membesar dengan sihat dan sentiasa bahagia,” kata ibu penyanyi Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil merujuk kepada cucunya selepas berlaku perceraian membabitkan Aliff dan Bella Astillah, semalam.

Hafiza menerusi status di Instagram berkata, kehadiran Ayden dalam hidup Aliff dan Bella ibarat cahaya buat mereka sekeluarga.

Menurutnya, tiada ‘talak’ antara anak dan ayah. Begitu juga hubungan mereka dengan Ayden sebagai datuk dan nenek.

“Melalui semua ujian dan kesengsaraan, perkara yang terbaik Allah berikan kami ialah cucu. Ia sangat berharga buat kami.

“Ayden akan sentiasa menjadi cahaya hidup kami walaupun tidak dapat melihat dia membesar pada masa akan datang.

“Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh agar menjadi insan yang hebat suatu masa nanti,” katanya.

Menerusi status sama, Hafiza meletakkan wajah cucunya yang kini berusia dua tahun itu berserta tanda #tiadatalakantaraayahdananak #allahknowsbest #redhadantawakkal

Terdahulu, Aliff melafazkan cerai talak satu terhadap Bella di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25.

Permohonan cerai itu difailkan Bella selaku plaintif pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

The post Ayah Bella pulak luahan perasaan setelah lama dia pendam appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top