Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap & Lantai Dengan 3 Bahan Mudah

 

Menjelang hari raya tak lama lagi, kaum wanita dah sibuk mengemas dan membersihkan kediaman. Maklumlah bila raya ni ramai tetamu akan datang berkunjung.

Salah satu tempat dalam rumah yang wajib kita bersihkan dan akan selalu buat kita geram adalah tepi tingkap. Selalunya inilah lokasi yang penuh dengan tahi cicak.

Bukan saja nampak kotor tapi baunya pun busuk. Bagi yang ada masalah ini di rumah boleh ikut petua daripada Roslina Hashim ini untuk menghalau cicak sekali gus menghindarkan dari masalah tahi cicak di lantai dan juga tepi tingkap.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 1/3 cuka makan
  • 1/3 air
  • 1/3 cecair pencuci pinggan

 

Cara membuat:

Campurkan kesemua bahan-bahan diatas. Sembur di kawasan yang cicak suka bersembunyi terutama berhampiran dengan lampu.

Racun ini boleh juga digunakan untuk halau semut. Lepas semburan, cicak takkan lagi berani datang di kawasan yang telah di spray tadi. Semoga membantu.

 

 

 

The post Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap & Lantai Dengan 3 Bahan Mudah appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top