Apa yang Bella lakukan walaupun baru berceer@i memang dipuji

Perceer@ian dengan suaminya, penyanyi Aliff Aziz hari ini langsung tidak menjejaskan tumpuan Bella Astillah terhadap kariernya.

Beberapa jam selepas berceer@i dan bergelar ibu tunggal, Bella dengan keadaan tenang, tampil menjayakan majlis Iftar Amal Souk Raya 2019 bersama Madrasah Tahfiz Syazwan di Event Hall GMBB, Jalan Robertson, Kuala Lumpur.

“Sebenarnya jemputan untuk majlis ini sudah lama dibuat dan saya menyatakan persetujuan untuk hadir. Apabila berjanji, memang saya akan tunaikan biar apa sekali pun yang berlaku. Saya juga rapat dengan penganjurnya, abang Ayie dan dia terkejut dengan kehadiran saya,” katanya.

Bella yang ditemani ibu dan dua adiknya, mendapat tumpuan media dan tidak kekok melayan soalan yang diajukan terhadapnya. Tetapi ini yang dia sampaikan kepada pihak wartawan.

“Saya faham ini tugas anda. Cuma saya harap semua pihak mendoakan yang terbaik buat saya. Seperti yang diketahui. Saya masih dibelenggu perasaan sedih dan masih dalam proses ‘move on’.

“Tipulah kalau saya tiada perasaan itu. Buat masa ini, saya banyak habiskan masa dengan keluarga terutama anak saya, Mohamad Ayden Adrean untuk meredakan kesedihan,” katanya kepada wartawan.

Menurutnya secara perlahan-lahan dengan sokongan keluarga, dia percaya mampu melalui situasi sukar ini.

“Sebolehnya saya nak selamatkan rumah tangga saya. Tidak kisahlah orang kecam apa sekali pun walaupun menggelar saya kata tiada akal. Rumah tangga ibarat kita bina masjid dan siapa yang sanggup merobohkannya. Tapi apa yang saya lalui sekarang adalah takdir dan saya reda,” katanya.

Bella mengakui dengan perpisahan yang berlaku, Aliff mampu menjalani kehidupan dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

“Saya sendiri pun belum sempurna dan perlu banyak muhasabah diri,” katanya.

Pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur petang tadi.

Kita doakan supaya Bella murah rezeki dan dipermudahkan dalam urusan menjaga anaknya ye.

Sumber : hmetro

The post Apa yang Bella lakukan walaupun baru berceer@i memang dipuji appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top