Anak kau dah masuk darjah satu, dah boleh ajar dia puasa tue.

Alhamdulillah tahun ini kita bertemu sekali lagi dengan Ramadhan. Hari ini, masuk hari kedua kita semua berada di bulan Ramadan 1440H. Semua umat Islam yang memenuhi syarat wajib puasa perlu menjalani ibadah ini selama sebulan sehinggalah Syawal menjelma tiba. Kepada yang terlupa ini niat puasa dan berbuka.

Antara syarat wajib puasa ialah mencapai akil baligh. Akil baligh ini bermaksud seseorang yang berakal dan sudah mampu membezakan antara baik dan buruk sesuatu. Menurut Istilah pula ialah telah sampainya usia seseorang pada tahap kedewasaannya, atau usia anak dimana sudah mencapai pengalihan dari masa kanak – kanak menuju ke masa kedewasaan.

Akan tetapi, bilakah waktu yang sesuai untuk seorang kanak-kanak untuk mula berpuasa? Adakah berpuasa akan mengganggu pembesaran anak-anak? Untuk mengetahui jawapannya, jom ikuti penjelasan yang ini.

Adakah anak saya sudah mampu untuk berpuasa?
Untuk menilai sama ada anak anda sudah mampu menjalankan ibadah puasa atau tidak, anda harus mengetahui pertumbuhan dan perkembangan anak anda sekarang. Adakah anak anda memiliki berat badan yang normal atau tidak? Bagaimanakah perkembangan anak anda, adakah sama seperti perkembangan rakan sebayanya?

Jika anak anda memiliki pertumbuhan dan perkembangan yang normal, mendidik anak anda menjalankan ibadah puasa tidak menimbulkan masalah dan ianya lebih mudah.

Namun, jika anak anda memiliki berat badan yang kurang daripada normal atau anak anda kelihatan kurus, sebaiknya jangan memaksa anak anda untuk berpuasa. Boleh puasa sehingga masa yang dia tahan sahaja. Nama pun nak belajarkan.

Puasa untuk anak yang belum baligh tidak wajib, walaupun tidak ada salahnya untuk mengajarnya berpuasa. Usia anak mampu mula berpuasa berbeza bergantung kepada kemampuan individu. Anda boleh juga berbincang dengan doktor anda sebelum menyuruh anak anda berpuasa.

Anak anda sangat memerlukan nutrien yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangannya yang cepat dibandingkan dengan orang dewasa.

Pada usia ini, anak anda melewati pelbagai tahap pertumbuhan dan perkembangan. Jika pengambilan nutrien anak anda berkurang pada masa ini, ia mungkin menganggu pertumbuhan dan perkembangannya.

Oleh itu, jika anak anda berpuasa, usahakan agar tidak mengurangkan jumlah pengambilan nutrien yang harus diberikan kepada anak anda pada setiap hari.

Anak anda boleh diajarkan puasa secara bertahap, mulai dari puasa setengah hari hingga puasa sepenuh hari agar anak anda tidak terkejut menerima perubahan. Ingat ye jangan nak terus puasa hingga sepenuh hari, pelahan lahan.

Puasa yang bagaimanakah sesuai untuk anak saya?
Anak anda berisiko mengalami masalah pada saat puasa kerana ukuran tubuhnya yang kecil, keperluan zat nutriennya yang besar, serta ketidakmampuannya menyediakan makanan untuk dirinya sendiri.

Berbeza dengan orang dewasa, zat-zat nutrien yang masuk ke dalam tubuh anak anda digunakan untuk pertumbuhan dan perkembangannya.

Disebabkan itu, kekurangan sedikit sahaja nutrien boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak anda. Untuk memastikan ibadah puasa tidak mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak anda, anda harus memberikan perhatian lebih pada pemakanan anak anda.

Untuk memenuhi keperluan nutrien anak yang sedang berpuasa, sebaiknya pastikan anak anda menerima:

Makanan yang mengandung karbohidrat kompleks dan protein. Karbohidrat kompleks membantu anak anda tidak cepat merasa lapar karena karbohidrat tersebut melepaskan tenaga secara perlahan. Sementara protein diperlukan anak anda untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Makanan yang sesuai untuk anak anda sewaktu sahur adalah telur, keju, roti gandum, dan sayuran. Jangan lupa untuk tambahkan buah dan sayuran dalam menu berbuka dan sahur sebagai sumber vitamin dan mineral. Kalau boleh bagi makan buah lebih selepas isyak pun boleh.
Elakkan makan makanan manis saat sahur. Makanan yang mengandungi gula sederhana dapat meningkatkan kadar gula darah secara semula jadi. Hal ini dapat menyebabkan lapar dan cepat penat kerana kadar gula darah dapat turun dengan cepat. Namun, pilihlah makanan yang mengandungi gula sederhana saat berbuka puasa, seperti kurma dan jus buah. Gula sederhana ini membantu mengisi kembali tenaga tubuh setelah lama berpuasa.
Minum banyak air. Minum banyak air sangat diperlukan saat sahur dan buka puasa. Minum air yang cukup mencegah tubuh anak anda daripada terhidrasi, terutamanya sewaktu berpuasa dalam waktu yang panjang.
Elakkan minuman yang berkafein. Sebaiknya beri anak anda air putih dan bukan minuman yang mengandung kafein seperti kopi, teh, dan soda. Kafein merangsang tubuh untuk mengeluarkan lebih banyak cecair sehingga tubuh memerlukan lebih banyak cecair untuk menggantinya.
Elakkan makanan berminyak dan yang digoreng. Makanan berminyak dan yang digoreng berbahaya bagi tubuh anak anda. Perut anak anda lebih sensitif dibandingkan dengan perut orang dewasa. Mengelakkan makanan ini dapat mencegah anak anda mengalami sakit perut dan muntah sewaktu berpuasa.

Berikut adalah tanda anak mengalami dehidrasi
Dehidrasi merupakan hal yang dirisaukan terjadi pada anak anda sewaktu puasa. Kenali tanda-tanda dehidrasi supaya anda dapat mencegahnya. Berikan anak anda minuman dengan segera jika anak anda kelihatan mengalami tanda-tanda berikut:

a. Lemah dan lesu
b. Mudah marah atau mudah tersinggung
c. Mulut kering
d. Haus berlebihan
e. Mata kelihatan penat

Lihat waktu tidur anak
Sebaiknya anak anda tidur pada siang hari karena jika anak anda menghabiskan waktu siang hari dengan bermain, anak anda mungkin akan kehilangan dan kehabisan tenaga serta tidak kuat untuk menjalani puasa.

Pada malam hari, pastikan anak anda tidur awal. Anak anda memerlukan waktu tidur selama 9-11 jam. Rangsangan pertumbuhan pada anak anda berlaku sewaktu tidur karena hormon pertumbuhan dilepaskan.

Ini adalah tips kepada ibu bapa yang ingin mengajar anak anak berpuasa. Ingat anak kita dengan anak orang lain berbeza jangan banding bandingkan. Jika dia mampu puasa teruskan jika tidak kita ajar sampai mana yang dia larat.

The post Anak kau dah masuk darjah satu, dah boleh ajar dia puasa tue. appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top