Akhirnya Ini Tindakan Yang Diambil Penduduk Kampung Terhadap Remaja Kurang Ajar Di Sijangkang, Rasanya Tak Cukup Lagi Ni

“Apa salah pakcik aku korang buli dia sampai macam ni? Tak rasa bersalah ke buli orang tua di bulan puasa, bulan yang mulia ini?” demikian kata anak saudara kepada lelaki warga emas yang dibuli sekumpulan remaja lelaki.

Menurut Leah, sebaik saja kesemua suspek ditemui terus dibawa ke rumah lelaki warga emas terbabit dan mereka dituntut untuk memohon maaf kepada mangsa.

Selesai berbuat demikian, mereka dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Aku pun tak faham (kenapa mereka bertindak sedemikian), tak sanggup nak play video banyak kali. Menangis sampai menggigil dah. Sakit hati sangat.

“Semua (suspek) dah jumpa. Rasa nak tumbuk muka seorang-seorang. Sekarang budak-budak ini nak dibawa ke rumah pakcik aku untuk minta maaf dan kemudian nak dibawa pergi ke balai polis.

“Ramai rupanya yang buli. Sorry gambar tak elok, keluarga yang tolong rakam gambar. Silap orang cari pasal dengan family aku,” katanya.

Meskipun kejadian itu telah diselesaikan, rasa geram, sedih dan sakit hati masih menyelubungi ahli keluarga mangsa kerana tidak menyangka golongan remaja seperti tergamak bertindak biadab terhadap warga emas.

“Alhamdulillah, dah settle malam tadi juga walaupun rasa geram, sedih dan sakit hati itu masih ada.

“Terima kasih sangat-sangat kepada mereka yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Tuhan saja yang mampu membalas jasa korang.

“Please, tolonglah hormat orang tua. Aku tak nak tengok atau dengar benda ini terjadi lagi di masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, satu rakaman video yang memaparkan seorang warga emas di Sijangkang, Selangor dipercayai menjadi mangsa buli tersebar di media sosial sejak pagi tadi.

Dalam video berdurasi seminit 24 saat itu, mangsa berbaju kemeja dan berkain pelekat diusik dan diejek oleh sekumpulan remaja yang terdiri daripada empat hingga lima individu.

Sepanjang kejadian, mangsa yang dipanggil sebagai Wak itu menjadi bahan ketawa sekumpulan remaja berkenaan malah kopiahnya ‘dirembat’ serta motosikalnya turut direbahkan agar minyak pada karburatornya “overflow” dan menyebabkan sukar untuk dihidupkan.

Setakat ini, posting yang dimuat naik seorang pengguna laman Facebook, Aziril Azirol itu tlar sehingga mendapat 4,600 perkongsian dan menerima pelbagai kcaman dari ntizen.

The post Akhirnya Ini Tindakan Yang Diambil Penduduk Kampung Terhadap Remaja Kurang Ajar Di Sijangkang, Rasanya Tak Cukup Lagi Ni appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top