Ahli Gusti Silver King Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Hadapan Jutaan Peminat Di London

Bekas WCW, ahli gusti Silver King mati selepas jatuh pitam di dalam gelanggang semasa beraksi di hadapan peminat-peminatnya di London. Dia yang melakonkan watak penjahat di dalam filem Nacho Libre bersama-sama dengan Jack Black juga telah tampil bersama dalam persembahan di Roundhouse, Camden malam tadi.

Ahli gusti Silver King, atau nama sebenarnya Caser Barron, dikatakan telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menghadapi Juventud Guerrera, atau nama gelanggangnya Youth Warrior, menurut sumber.

Rekod video yang kongsi oleh pemilik akaun Lucha Azteca AAA menunjukan Juventud Guerrera muncul untuk menendang Silver King di bahagian sisi sebelum menterbalikkanya untuk ‘pin’ yang membawa dia kemenangan. Selepas pemenang diumumkan, rakan-rakan gusti yang lain datang untuk membantu ahli gusti yang terperangkap sebelum menemui keadaan Silver King yang tidak sedarkan diri.

Dr Wagner dan Dr Wagner Junior yang merupakan adik beradik mendiang juga yang bertanding sebagai ahli gusti memberikan penghormatan dengan mengubah profil twitternya ke imej reben hitam.

Lucha yang dikenali di kalangan peminatnya sering mengenakan topeng berwarna-warni dan pakaianya yang rumit pernah bertanding dalam Kejohanan Dunia antara tahun 1997-2000 dan Juventud Guerrera di kejohanan Cruiserweight pada tahun 1998.

Ahli gusti lain turut memberikan penghormatan, Salah seorang ahli gusti memanggil mendiang dengan panggilan ‘One of the Great’.

El Ligero, seorang ahli gusti WWE Britih menulis, “pengesahan kematian Silver King adalah sesuatu yang dasyat yang dikabarkan kepada kami malam tadi. Hati saya turut sama merasai kepedihan dan kesedihan rasa kehilangan orang-orang yang tersayang”.

X-Pac menulis, “ia adalah penghormatan apabila saya menjadi kawan dan berkongsi gelanggang dengan mendiang. Dia sangat hebat. Dia bersama-sama dengan Tejano adalah pasukan yang hebat sehingga saya kecewa mendengar berita kematianya”

Bekas presiden WCW, Eric Bischoff berkata,”saya berasa sedih dengan berita kematian Silver King. Dia sama seperti Luchadores yang hebat, akan membantu orang Amerika untuk menghargai Lucha Libre. Terima kasih dan RIP”.

Akaun twitter WWE turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, sahabat dan peminat Silver King.

Sumber: Metro.uk




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top