“Adakah Saya Tidak Boleh Bercinta Langsung” Akibat Jaja Kisah Sedih Ini Yang Terjadi Pada Zulin Aziz

BUKAN sekali dua orang mengutuk Zulin Aziz sebagai seorang wanita terdesak. Apa lagi kerana pelakon dan penyanyi ini sering tampil dengan karya lagu berkon­sep kesedihan, meratapi nasib diri yang sering ditinggalkan kekasih.

Semua itu membuatkan banyak mata melihat dengan pandangan bahawa Zulin seolah-olah sengaja menjual derita cinta tidak kesampaian semata-mata mahu menagih perhatian orang.

Bagaimanapun, Zulin menafikan hal tersebut kerana baginya orang di luar cuma tahu berkata-kata rambang sahaja.

“Sebenarnya lagu yang dimainkan dalam radio banyak bertemakan lagu cinta. Tetapi sebab saya yang nyanyikan, orang kata saya wanita terdesak.

“Walhal, Wany Hasrita atau Tajul misalnya, mereka buat dan nyanyikan lagu cinta tak ada pun dikecam orang sebagaimana saya kena.

“Pelik, bila saya buat orang kecam. Adakah saya tidak boleh bercinta langsung?” katanya.

Sedar bahawa ramai mengaitkan siri kisah cinta dan jodoh tak jadinya sebelum ini, Zulin menganggap tiada salahnya dia berbuat demikian.

“Habis tu, takkanlah nak suruh saya nyanyikan lagu raya setiap hari? Padahal, ada saja ketikanya saya nyanyi lagu cinta tapi bukan sebab kesedihan.

“Tetapi tetap ada juga yang komen saya sebenarnya tengah bersedih. Hairan juga ya,” tambahnya.

SUDAH LALI

MENGAKU sudah tidak ada sebab untuk dia menyimpan semua kata-kata nista di dalam hati, Zulin lebih selesa untuk memaafkan sahaja semua pihak.

Baginya untuk apa dia tersing­gung hati, kerana bukan kali pertama dia menerima dan berdepan dengan kritikan dalam hidup.

“Pedulikan mereka, sudah lali rasa di hati ini. Bila saya tak berkahwin, orang tanya. Bila saya nak kahwin mereka katakan saya ni terdesak pula.

“Sudahnya saya sedar, dalam hidup ini memang kita tak akan dapat puaskan hati semua orang, begitulah lumrahnya,” katanya,

Cuba membayangkan andai kata satu hari nanti dia mendirikan rumah tangga dan adakah semua itu mampu menghentikan kata-kata orang padanya, Zulin menggeleng kepala.

Baginya, selagi orang mahu berkata, mereka akan katakan apa sahaja dan semua itu bukan berada di bawah kawalannya.

Bercerita lanjut mengenai perancangannya untuk berkahwin selepas ini, Zulin enggan lagi berkongsi hal itu dengan banyak pihak.

Belajar daripada pengalaman lalu, bekas pengacara radio Suria FM ini selesa untuk menyimpan rahsia terlebih dahulu.

“Bukan tak nak cerita, tapi macam dulu bila asyik cerita dan dikongsi kepada semua dan kemudian tak jadi, malu juga. Keluarga pun tanggung malu.

“Kalau orang nak taja pun kemungkinan saya akan tolak dengan cara baik sebab lepas ni. Kalau boleh saya nak terus nikah sahaja.

“Saya mahukan itu sahaja nanti sebab pernah dah merasa duduk atas pelamin walaupun seorang diri,” katanya. BERNIAGA

DALAM pada itu, Zulin turut berkongsi perkembangan baharu mengenai percubaannya untuk berniaga di bazar Ramadan pada tahun ini.

Mengaku tidak berani mencuba sebelum ini meski sudah ada banyak tawaran datang, dia enggan mengambil risiko kerana tahu bukan mudah mengendalikan perniagaan andai tiada ilmu di dada.

“Sekarang baru berani kerana ada kawan yang bantu dan tunjuk ajar. Teruja juga sebab ini pengalaman pertama saya berniaga di bazar.

“Sebelum ini bukan takut gagal, tapi kalau buat tanpa ilmu tambahan pula kena tipu, memang risau juga,”katanya.

Menjual sambal bilis istimewa air tangannya, Zulin akan menyertai barisan artis lain di Festival Gegar Gempak Raya 2019 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), Selangor.

Festival itu akan merekodkan tempoh jualan sepanjang 72 jam tanpa henti, bermula pukul 12.01 pagi, 24 Mei dan berakhir pada jam 12.01 pagi pada 26 Mei nanti.

Dianjurkan, Aisy Azka Event Management Services, festival itu akan membariskan artis seperti Alif Satar, Elyana, Ernie Zakrie, Ezzaty Abdullah, Nabil Ahmad, Izzue Islam, Syamel, Sharnaaz Ahmad, Arja Lee, Noraniza Idris, Ayu Damit, Reyhana dan ramai lagi.

Selain aktiviti jualan, Festival Gegar Gempak Raya 2019 turut menyediakan fiesta trak makanan yang turut akan berkampung selama tiga hari bermula 4 petang sehingga 5 pagi sepanjang festival.

Dengan penyertaan lebih 150 buah trak makanan, festival ini juga akan membuat percubaan memecah rekod bagi Largest Foodtruck Gathering di bawah Malaysia Book of Records.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : Utusan




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top