81 Tahun Terpisah Akhirnya Ibu dan Anak Ini Dipertemukan Semula

SEORANG wanita akhirnya bertemu dengan ibu kandungnya selepas terpisah selama 81 tahun.

Eileen Macken berkata dia gembira selepas dipertemukan semula dengan ibunya, Elizabeth yang kini berusia 104 tahun.

Dia diambil dari ibunya dan dimasukkan ke rumah anak yatim Bethany di Dublin.

Eileen cuba mencari ibunya dengan bantuan seorang pakar geneaologi yang kemudian berjaya menjejaki Elizabeth di Scotland.

“Sebaik sahaja saya mendengarnya, tiada apa yang akan menghalang saya untuk bertemu dengannya.

“Saya bertentang mata dengannya. Dia seorang wanita yang cantik, ada keluarga yang penyayang dan mereka mengalu-alukan kedatangan saya.

“Sejujurnya mereka menerima saya dan saya seronok berbual dengan ibu saya,” kata Eileen yang berada di rumah ibunya selama tiga hari.

Eileen terbang ke Scotland bersama keluarganya untuk bertemu ibunya dan kehadiran mereka disambut baik oleh dua adik lelaki tirinya. – Metro.co.uk

Anak Tidak Mampu Membalas Jasa Ibu Bapa dan oleh itu jagalah mereka kerana kita harus bersyukur

kita masih boleh bersua dengan mereka dan lawatlah mereka selagi mereka masih ada.

Hadis:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَجْزِي وَلَدٌ وَالِدًا إِلَّا أَنْ يَجِدَهُ مَمْلُوكًا فَيَشْتَرِيَهُ فَيُعْتِقَهُ

Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Seorang anak tidak akan mampu untuk membalas kebaikan orang tuanya, kecuali ia mendapatinya dalam keadaan hamba, lalu ia membeli dan memerdekakannya.”
*(HR Tirmizi No: 1829) Status: Hasan Sahih.*

Pengajaran:

1. Pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak amat besar.

2. Seorang anak tidak akan mampu membalas kebaikan ibu bapanya.

3. Perbandingan membalas jasa keduanya seperti jika orang tuanya hamba, lalu si anak membeli dan memerdekakannya.

Berkhidmatlah dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa semampu yang boleh.

Bayangkanlah betapa gembiranya wanita ini dapat berjumpa semula dengan ibunya setelah lama terpisah.

Sila baca dan komen yang baik-baik saja.Kekasih Jiwang

Sumber : Mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top