7 Cara Untuk Wanita Dalam Haid Terus Rebut Pahala Di Bulan Ramadan

 

 

Ramai wanita yang rasa kecewa terutama bila kedatangan haid di awal puasa. Frust kerana tak dapat menyambut Ramadan.

Rasa rugi bila tak dapat berbuka, bertarawih, bertadarus sekali gus meraih ganjaran pahala buat orang berpuasa.

Tapi itulah fitrah buat wanita. Pernah Aisyah juga menangis sedang kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak. Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata, “Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.”Hadis riwayat Bukhari

Namun begitu sebenarnya, ada banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita dalam haid agar terus dapat mengutip pahala di bulan puasa.  Mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa.

1. Medengar bacaan Al-Quran

Tidak dibolehkan membaca al Quran ketika haid wanita tetap mampu memperoleh ganjaran apabila mendengar bacaan ayat Al-Quran. Melalui CD, Youtube, malah ada banyak bacaan ayat suci alQuran yang dikongsi di media sosial yang boleh didengar. Walaupun hanya mendengar satu ayat namun akan ditulis baginya pahala yang berganda-ganda.

2. Banyakkan Sedekah

Kita sedia tahu betapa hebatnya ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang suka bersedekah. Kehebatan itu bertambah sewaktu di bulan yang mulia ini seperti mana sabda Rasulullah s.a.w:, “Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.”(HR. Al-Tirmidzi dari Anas bin Malik r.a)

Menurut Ibnu Abbas, “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah itu melebihi angin yang berhembus.” Hadis riwayat Bukhari

3. Berzikir

Berzikir juga adalah dibenarkan bagi wanita haid. Jangan melepaskan pahala yang telah dijanjikan Allah dalam bulan Ramadhan dengan berkata perkara yang sia-sia.

Boleh saja membaca tasbih tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil, (La ilaha illallah) dan takbir (Allahu Akbar). Paling mudah amalkan zikir Fatimah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali. Ini juga bacaan zikir yang membantu meredakan rasa letih kaum ibu.

4. Beristiqfar

sebagai manusia yang sentiasa melakukan kesalahan dan dosa, lazimi lidah kita dengan sentiasa beristiqfar (astaghfirullah hal ‘aziim). Ia kalimat pendek memohon keampunan atas dosa yang kita lakukan.

Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

5. Membaca bahan bacaan agama atau ikut majlis ilmu

Ada banyak buku, majalah yang berkait dengan agama yang dijual di pasaran. Atau boleh saja kita membaca bahan bacaan berbentuk agama ini di internet.

Dalam pada itu boleh saja menghadiri ceramah agama atau pun majlis ilmu yang dianjurkan di persekitaran. Malah sekarang ceramah agama daripada ustaz-ustaz terkenal juga sudah ada banyak dalam bentuk cakera padat untuk kita dengar.

6. Menyediakan juadah berbuka bagi orang berpuasa

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” Hadis riwayat Tirmidzi

7. Bangun bersahur meskipun tidak berpuasa

Dari Anas Bin Malik, Rasululullah s.a.w bersabda, “Bersahurlah, kerana di dalamnya terdapat keberkatan.” Hadis riwayat Bukhari.

Meski tidak boleh berpuasa tapi mengajak dan membantu ahli keluarga bersahur melakukan perkara sunat iaitu perkara baik, maka kita juga akan mendapat pahala orang yang melakukannya.

 

 

 

 

The post 7 Cara Untuk Wanita Dalam Haid Terus Rebut Pahala Di Bulan Ramadan appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top