6 Stail Gantung Gambar Boleh Dijadikan Panduan Agar Dinding Rumah Nampak Kemas & Cantik

 

Nampak senang tapi nak gantung gambar pada dinding rumah tak semudah yang disangka. Susunannya perlu dirancang dengan teliti supaya nampak kemas.

Jika anda berhasrat menghias dinding sempena raya ini namun belum ada idea, jadikan 6 stail ini sebagai panduan. Tak perlu ragu kerana hasilnya memang cantik.

Bagi memudahkan anda dan hasilnya juga cantik, 6 stail gantung gambar pada dinding ini boleh dijadikan panduan.

1. Spiral

Mulakan dengan meletak satu bingkai di tengah dan atur bingkai selebihnya dalam bentuk melingkar. Pastikan jarak antara bingkai sama.

2. Centered

Cara ini paling mudah. Pilih satu atau dua bingkai dan letak di tengah. Atur bingkai lainnya di kiri dan kanannya.

3. Outer Align

Pilih satu bingkai gambar yang besar untuk diletak di tengah dan padankan dengan bingkai yang lebih kecil di setiap penjuru.

4. Reflection

Letakkan bingkai pelbagai saiz sederet, kemudian ulang teknik yang pada bahagian bawah.

5. Staircase

Gambar untuk diletakkan di bahagian tangga di atur dalam keadaan menaik walau apa jua bentuk bingkai gambar.

6. Nine square

Ini merupakan aturan paling mudah. Hanya susun sembilan bingkai gambar dengan saiz yang sama ikut bentuk segi empat.

Sumber: Pottery Barn

Artikel berkaitan: Gantung Mudah, Tanggal pun Tiada Kesan. Ini Cara Paling Senang & Bijak Hias Dinding Raya Nanti

 

The post 6 Stail Gantung Gambar Boleh Dijadikan Panduan Agar Dinding Rumah Nampak Kemas & Cantik appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top