3 pemandu lori dibelasah kerana dituduh curi minyak


Viral di media sosial video tiga lelaki dibelasah dengan kayu dan rotan oleh majikan dan beberapa lagi individu  lain kerana mencuri minyak. 

Dalam kejadian di yang berlaku pada jam 5.18 petang kelmarin di bilik stor syarikat pembinaan di Kampung Telok Gong, tiga pemandu lori terbabit dipukul kerana dituduh mencuri minyak diesel dari tangki lori syarikat itu. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, empat klip video berkaitan kes itu turut tersebar di Telegram dan WhatsApp. 

Susulan dari kejadian itu juga, seorang lelaki bertindak memasuki syarikat tersebut lalu membakar sebuah lori. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden yang berlaku pada jam 3.20 petang semalam. 



Shamsul Amar turut mengesahkan menerima laporan polis di Balai Polis Pandamaran berhubung pekerja itu dipukul pada jam 5.18 petang semalam.

Seramai lapan individu berusia 23 hingga 36 tahun telah ditahan untuk siasatan dan beberapa lagi individu lain sedang giat dikesan. 

Polis ingin menegaskan bahawa kes tersebut tiada berkaitan dengan sebarang isu perkauman dan masyarakat dan mana-mana individu dinasihatkan tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum. 

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang-undang.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33719999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran untuk membantu siasatan. 

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 dan 435 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top