(Video)Trik Google Sempena End Game, Carian Thanos Buatkan Paparan Pada Skrin Telefon Dan PC ‘Hilang’

Mungkin ada yang sudah perasan ataupun belum, Google sebenarnya turut mempunyai caranya yang tersendiri untuk memeriahkan lagi kehadiran filem paling dinanti 2019, The Avengers: End Game ke layar perak, dengan tayangan di Malaysia bermula pada Rabu.

Jika anda membuat carian di Google dengan perkataan ‘Thanos”, imej Infinity Gauntlet akan terpapar pada bahagian sisi skrin (PC).

Yang menariknya, apabila anda klik pada imej tersebut, Infinity Gauntlet tersebut akan bergerak dan melakukan ‘Snap’ seperti yang dilakukan oleh Thanos dalam The Avengers: Infinity War dan menghapuskan separuh penduduk dunia.

Tetapi untuk Google pula, apa yang terhapus adalah carian-carian lain yang dipaparkan pada skrin pc anda.

Trik yang dibuat oleh Google ini juga berkesan jika anda menggunakan telefon pintar.

Saksikan video dibawah.

Dikhabarkan carian Thanos ini dibuat sempena sambutan Easter Egg oleh Google.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top