(Video)Lelaki Ini Temui Kucing Jalanan Lalu Jadikanny Teman Mengembara Keliling Dunia

Kucing dan manusia sudah diketahui sekian lama menjadi sahabat baik. Malah sebenarnya, tidak sukar untuk kita melihat kucing di mana-mana.

Namun apa yang menyedihkan apabila ada kucing-kucing ini dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab dan dibiarkan merayau-merayau terutamanya di restoran-restoran ataupun kawasan tumpuan orang ramai.

Seorang pengembara solo dengan menggunakan basikal, Dean, telah berkongsi kisah menariknya bertemu dengan seekor kucing jalanan yang diberi Nala dan kemudian menemaninya melawat beberapa buah negara.

Kata Dean, suatu hari ketika dia singgah di satu tepi jalan, dia terdengar suara anak kucing sedang mengiau. Dean menemui kucing tersebut dalam keadaan kurus kering lalu mengambil keputusan untuk berkongsi sedikit makanan dengan kucing tersebut.

Dean pada mulanya tidak mempunyai hajat untuk mengambil Nala sebagai teman mengembara namun megubah fikiran kemudian sebelum mengosongkan sedikit ruang kargo begnya untuk dijadikan tempat membawa Nala.

Saksikan kisah seterusnya pengembaraan Nala bersama Dean melalui video dibawah.

Sumber: The Dodo

The post (Video)Lelaki Ini Temui Kucing Jalanan Lalu Jadikanny Teman Mengembara Keliling Dunia appeared first on Siakap Keli.




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top