(Video)Kasih Ayah, Umur Lebih Satu Abad Masih Gagah Diri Jual Roti Setiap Hari Untuk Tanggung Kos Rawatan Anak

Ada pepatah mengatakan kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Mungkin itulah yang dibuktikan oleh seorang warga emas berusia 105 tahun daripada China ini.

Walaupun sudah lanjut benar usianya, si ayah tetap menguatkan diri keluar menjual roti ban panas setiap hari di kaki lima di Taiwan bagi menampun kos rawatan anaknya.

Biarpun berasal daripada China, si ayah terpaksa berpindah ke Taiwan setelah anaknya mengalami masalah tekanan jiwa akibat penyalahgunaan dadah serta penyakit kencing manis. Anaknya tinggal di Taiwan.

Setiap hari, si ayah akan keluar menjual ban panas tersebut di sebuah gerai kecil di Jinmei, manakala di sebelah malam dia berpindah menjual ban berkenaan di kawasan Stesen Wanlong tidak jauh daripada Jinmei.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna facebook di Taiwan dan berharap orang ramai yang lalu di kawasan berkenaan singgah sebentar dan menyokong perniagaan tersebut.

Kata pengguna facebook itu lagi, si ayah mempunyai masalah pendengaran akibat faktor umur dan merindui kampung halamanya tetapi mempunyai tanggungjawab untuk menjaga anaknya.

Warga kemas tersebut juga perlu menampung kos rawatan anaknya yang bernilai sebanyak 30,000 Yuan setiap bulan. Saksikan video dibawah.

Sumber: 食 now Ünlimited journeŸ, Lecoin




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top