(Video) Mamat Khalid Muatnaik Video Trailer 17 Puasa, Tapi Tiada Kelibat Abe Li

Pada Jun tahun 2017, menerusi saluran Astro First Eksklusif kita telah dihiburkan dengan sebuah telefilem bergenre komedi yang bertajuk 16 Puasa. Telefilem arahan Mamat Khalid ini mengisahkan sekumpulan ‘geng plastik hitam’ yang bersama-sama ponteng puasa pada bulan Ramadhan.

Telefilem ini telah mendapat tempat di hati peminat kerana geng ponteng puasa ini secara realitinya memang wujud di dalam masyarakat kita. 16 Puasa ini dibintagi oleh Sabri Yunus, Rab Khalid, Aziz M. Osman, Bell Ngasri, Man Kadir dan Ziema Din.

Selepas 2 tahun menanti, bulan Ramadhan kali ini mereka tiba lagi. Berdasarkan laman Facebook Mamat Khalid, beliau memuat naik video trailer 17 Puasa yang bakal ditayangkan menerusi Astro First Eksklusif tidak lama lagi. Dibintangi oleh beberapa muka baru dan juga lama pasti akan memberi pengajaran baru untuk penonton dan tidak kering gusi melihat telatah pelakon-pelakon 17 Puasa.

Namun, selepas menonton trailer ini, tiada kelibat Abe Li (Sabri Yunus) untuk 17 Puasa dan itu mungkin sedikit-sebanyak mempengaruhi keseronokkan telefilem 17 Puasa ini. Ditambah pula, Rab Khalid yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-selamanya. Tetapi sudah pasti Mamat Khalid sudah meneydiakan sesuatu yang menarik untuk kita semua.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top