(Video) 'Inilah satu menteri nak jahanamkan artis² tempatan agaknya, punai betul lah!' - Awie


Tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memaklumkan pihaknya sedang berusaha membawa kumpulan K-Pop, BTS, ke negara ini bersempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020, mengundang kemarahan banyak pihak. 

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi kumpulan Wings, Dato' Ahmad Azhar Othman atau Awie, yang meluahkan rasa bengangnya terhadap menteri muda berkenaan. 

"Inilah satu menteri yang nak jahanamkan artis-artis tempatan agaknya. Punai betullah! 

"Panggil artis luar semua, biar artis kita (lokal) semua padam, bungkus dan melingkup! Kata ekonomi teruk, lagi nak panggil sampah masuk dalam negara ni untuk apa??? 

"Kan bagus waktu sekarang ni bantu artis tanahair yang banyak membantu negara dari sudut hiburan dan juga menjadi penarik kepada pengundi datang menyokong korang semua yang jadi menteri sekarang? 

"Tunjukkanlah sikit rasa cinta pada bangsa dan budaya kita," katanya. 


Awie hairan dengan tindakan menteri berkenaan seperti menafikan kehebatan artis tempatan. 

"Bukan tak ada artis yang bagus-bagus dalam Malaya ini. Asyik nak banggakan orang luar saja. Beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. 

"Aku rasa dah sampai masanya kita semua sepakat boikot menteri-menteri kalut ni.

"Puluhan tahun aku menjadi penghibur, tahun ini aku rasa paling teruk dalam sejarah hidup. Ramai yang mengadu (mengalami) masalah kewangan. Kerajaan pun cakap ekonomi problem tapi menteri lolipop ini buang duit bagi kat artis luar. Kan c***i namanya tu!

"Korang semua fikirlah baik-baik level menteri ini. Terima kasih menteri KBS. Majulah sukan untuk negara pasola!" katanya. 




r

Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top