(Video) 'Esok kena kutip, jangan menangis ye dik' - Netizen


Viral di media sosial video seorang remaja lelaki berbadan gempal membuli mangsanya yang dianggarkan sebaya usianya dalam kejadian yang tidak diketahui lokasinya. 

Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, remaja terbabit memperlekehkan mangsa yang duduk di hadapannya dan sesekali menyentuh muka mangsa. 

Tindakan remaja itu menyebabkan mangsa berang lalu meludahnya.

Tidak berpuas hati diperlakukan seperti itu, remaja itu memegang kepala dan meludah tepat ke arah muka mangsa. 

Sementara itu, individu yang merakam video tersebut hanya mentertawakan mangsa diperlakukan seperti itu. 

Di media sosial, netizen menyelar tindakan remaja terbabit yang mengambil kesempatan membuli orang lain demi keseronokan diri. 

Netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap suspek yang jelas dan nyata membuli mangsa. 




r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top