(Video) Berang ditegur pasal kerja, suspek kelar leher rakannya di dapur


Orang ramai berjaya menahan seorang lelaki warga Thailand yang mengelar leher rakan senegaranya hanya kerana tidak berpuas hati ditegur mengenai hal kerja, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9:50 malam tadi di sebuah kedai makan di Taman Bukit Emas, Rahang, Seremban, mangsa berusia 24 tahun diserang oleh suspek berusia 19 tahun dengan menggunakan pisau pemotong sayur. 

Difahamkan, kedua-dua mereka bekerja di kedai makan di situ dan suspek bertindak menyerang mangsa kerana berang ditegur oleh mangsa mengenai hal kerja. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, pergaduhan itu berlaku di bahagian belakang dapur, suspek bertindak mengambil pisau terus mengelar leher mangsa.

Kejadian itu disaksikan oleh adik mangsa dan beberapa lagi pelanggan di kedai makan berhampiran lalu segera menangkap suspek. 

Suspek kemudian diserahkan kepada polis dan senjata yang digunakan suspek juga turut dirampas.

Video kejadian itu juga viral di media sosial.


Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasat. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top