Terkini: Letupan Bom Sri Lanka, Sasaran Gereja Dan Hotel, Membunuh Sekurang-kurangnya 50 Orang, 300 Cedera Parah

Letupan telah melanda tiga gereja dan tiga hotel di dan sekitar ibukota Sri Lanka di Colombo pada Ahad (21 Apr), membunuh sekurang-kurangnya 52 orang dan mencederakan beratus-ratus mangsa.

Ledakan melanda beberapa hotel mewah dan satu gereja di ibu negara, sementara dua gereja tambahan disasarkan di luar Colombo, kata polis.

Letupan pertama dilaporkan di Gereja St Anthony di Colombo dan St Sebastian di bandar Negombo di luar ibu negara.

Sekurang-kurangnya 160 orang cedera dalam ledakan St Anthony telah dimasukkan ke Hospital Nasional Colombo pada tengahari tadi.

“Serangan bom di gereja kami, sila datang dan bantu sekiranya ahli keluarga anda berada di sana,” satu status dalam bahasa Inggeris di laman Facebook Gereja St Sebastian di Katuwapitiya di Negombo.

Tidak lama selepas letupan itu dilaporkan, polis mengesahkan tiga hotel di ibu negara juga turut terlibat, bersama dengan sebuah gereja di bandar Batticalao, di timur negara itu.
Seorang pegawai di hospital Batticaloa memberitahu lebih 300 orang telah dimasukkan ke hospital dengan kecederaan akibat letupan di sana.

Gambar-gambar yang beredar di media sosial menunjukkan bumbung satu gereja hampir hancur dalam letupan itu.

Lantai dipenuhi dengan campuran jubin bumbung, kayu dan darah.

Sumber: Channelnews Asia

The post Terkini: Letupan Bom Sri Lanka, Sasaran Gereja Dan Hotel, Membunuh Sekurang-kurangnya 50 Orang, 300 Cedera Parah appeared first on Siakap Keli.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top