Suami Kepada Instafamous Beby Tora Tora Berang Apabila Orang Ramai Bidas Isterinya

SUAMI mana yang tidak sedih seandainya melihat isteri sendiri tumpah air mata gara-gara mulut orang.

Begitulah yang menimpa selebriti media sosial, Nor Atierah Zulfatie Zulkifli atau Beby Tora-Tora, baru-baru ini.

Suami Atierah, Muhammad Hafis Al Haffus Johari atau lebih dikenali sebagai Apit Johari tampil mempertahankan isterinya menerusi laman Instagram.

Ia susulan tindakan segelintir netizen yang mengecam isterinya sehingga sanggup melemparkan pelbagai bentuk hinaan.

Apit sewaktu dihubungi mStar berkata, kehidupan mereka setelah bernikah pada 1 Mac lalu cukup harmoni.

“Alhamdulillah, semua baik-baik sahaja. Macam mana perangai dia dalam Instagram, begitulah dia di dunia nyata.

“Baru-baru ini ada satu page di Facebook kongsi pasal dia, tapi ambil kapsyen separuh sahaja.

“Sesiapa yang baca pun akan sakit hati dan fikir dia angkuh. Bila baca komen netizen, memang teruk. Sebab tu dia menangis,” ujar Apit pada Sabtu.

Jelas pemuda itu lagi, bukan mereka tidak boleh menerima teguran sebaliknya ia haruslah dibuat dengan cara yang betul dan berhemah.

Tambahnya, wujud segelintir individu yang sanggup membuat akaun Instagram palsu semata-mata untuk mengutuk isterinya.

“Nak tegur ada caranya. Boleh sahaja direct message (DM). Janganlah sampai lukakan hati orang.

“Yang buat Instagram fake pun ada. Tapi di Instagram 90 peratus ok, cuma di Facebook banyak komen yang melampau,” katanya lagi.

Menerusi posting di Instagram miliknya, Apit turut membuat luahan panjang lebar mengenai perkara itu.

“Sedih bila terbayang muka dia bila kata kat aku semalam, dia nangis pastu kata jangan tinggal dia macam orang komen tu.

“Aku tengok balik komen dekat FB, Masya-Allah masing-masing tak kira tua ka muda dok membawang.

“Ni amanah aku. Aku akan jaga dia macam nyawa aku. Aku takkan bagi orang sakitkan hati dia dan aku nak dia selalu tau aku akan ada dengan dia jatuh bangun lepas ni,” tulis Apit.

Posting itu sehingga kini menerima lebih 14,000 tanda suka.

Untuk rekod, Beby Tora-Tora memiliki 500,000 pengikut di laman itu.

SumberKredit:MstarOnline




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top