”Snoozetern”, Upah Lumayan Untuk Tidur Ini Mungkin Pekerjaan Idaman Anda

Sebuah syarikat yang menghasilkan tilam dalam satu iklan jawatan kosongnya sedang mencari pelajar-pelajar yang mahu menjalani latihan praktikal dengan tugas mungkin yang paling mudah dan menarik.

Mattress Firm yang berpangkalan di Amerika Syarikat mahukan pelajar-pelajar ini mengisi jawatan ‘snoozetern’ dimana mereka dikehendaki menghabiskan masa untuk tidur selama 30 jam di atas tilam yang dikeluarkan oleh mereka.

Selain itu, pelajar-pelajar yang menerima upah ini juga diminta menghasilkan video reaksi mengenai pengalaman menggunakan tilam berkenaan sebelum dimuat naik di platform media sosial, MattressFir,.com.

Snoozerten juga diminta untuk menilai kelesaan posisi meletakkan kepada dan bahagian kaki pada tilam yang dikeluarkan.

Antara lain reaksi-reaksi yang perlu diberikan adalah mengenai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di atas tilam seperti berbaring, membaca, bermain gajet dan sebagainya.

Pelajar-pelajar latihan praktikan ini akan dibayar upah setimpal seperti yang diterima oleh pekerja-pekerja tetap dan mendapat markah dalam pentaksiran yang dijalankan oleh pihak universiti.

Manakala mereka dikehendaki bekerja selama 30 jam setiap minggu dengan kebanyakkan masa adalah untuk tidur dan selebihnya untik menghasil dan menyunting video reaksi.

Selain mempunyai keupayaan untuk tidur dalam tempoh masa yang lama, pelajar-pelajar yang berminat juga perlu mahir dalam penggunaan pelbagai aplikasi suntingan bagi menghasilkan video yang menarik.

Bunyi macam menarik kan?

Sumber: Elite Daily




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top