Selepas Lebih Dua Minggu Acap Hilang, Akhirnya Mufti Buka Mulut Dan Beritahu Sesuatu

Sudah lebih dua minggu Mohammad Ashraf Hassan ( Acap) 29, dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu di Gopeng Ultra Trail.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri menasihatkan umat Islam yang membantu usaha pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, tidak melakukan amalan bertentangan dengan ajaran Islam.

Zulkifli berkata, umat Islam dinasihatkan supaya terus bermohon kepada Allah dan melakukan solat hajat supaya Mohamad Ashraf ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

ZULKIFLI (kiri kopiah merah) mendengar taklimat ketika melawat pusat operasi bomba pencarian Mohamad Ashraf. FOTO Abdullah Yusof

Setuju jika dilakukan solat hajat

“ Saya bersetuju supaya kita sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat memohon kepada Allah kerana kita yakin dengan cara itu, Insya Allah akan ada satu penyelesaian daripada Allah.

“ Cara yang dibuat apabila tidak menepati syariat Allah seperti memohon kepada makhluk lain tidak bertepatan dengan apa yang diajar.

“ Tiada sedaya, tiada upaya kecuali dengan Allah, justeru itu saya memberi ingatan kepada diri sendiri dan semua apabila kita membuat sesuatu biarlah menepati syariat Islam yang sebenarnya,” katanya yang ditemui selepas melawat pusat operasi bomba di Kampung Pintu Padang di Ipoh, hari ini.

Zulkifli berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara berunsur syirik ketika SAR peserta Gopeng Ultra Trail 2019 itu.

Dalam pada itu, Zulkifli meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat pusat itu dan diberikan taklimat oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Yunus Abu mengenai kronologi kehilangan Mohammad Ashraf serta usaha pencarian yang dijalankan.

Berdoa kepada Allah supaya kembalikan Acap

Beliau kemudiannya bersama-sama kumpulan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengaminkan doa dipimpin Pengamal Perubatan Islam Pusat Rawatan Al-Afiah, Nabil Mahathir.

Menurutnya, pihaknya meminta semua pihak berdoa kepada Allah supaya mengembalikan Mohammad Ashraf sekiranya berada di alam lain dan dijumpai sekiranya berada di alam ini.

“ Sejujurnya ingin saya katakan dalam situasi sedang mencari ini, saya teringat kepada apa yang dinyatakan oleh Saidina Umar Al-Khattab dalam riwayatnya supaya bersabar dan menunggu, Insya Allah suatu masa nanti adalah baiknya.

“ Saya harap kita sama-sama bersatu hati mencari dan berusaha menemui Mohammad Ashraf yang saya yakin ada titik pengakhiran iaitu penemuan dan kita doakan dia (Mohammad Ashraf) dalam keadaan selamat dan sejahtera,” katanya.

Terdahulu seorang ustaz nasihat jangan obses dengan jin atau bunian

” Boleh jadi apa yang menimpa kepada mangsa itu ada kaitan dengan perbuatan jin. Kita harus faham jin itu hidup dalam kalangan manusia dan kawasan hutan itu juga adalah tempat tinggalnya,” katanya Penceramah bebas Dr. Zaharuddin Abd. Rahman

Mengulas mengenai kehilangan Acap, Zaharuddin berkata, sukar untuk ditafsirkan apa sebenarnya berlaku kepada pemuda itu kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku kepadanya.

Bagaimanapun katanya, dia menasihatkan agar orang ramai tidak terlau obses dalam hal berkaitan bunian sehingga sanggup melakukan pelbagai ritual bertentangan dengan Islam sehingga jatuh syirik.

Sebaliknya kata Zaharuddin, dalam setiap usaha menjejak Acap ia perlulah berlandaskan Islam selain berusaha dan berdoa agar dipertemukan kembali dengan Acap dalam keadaan baik dan selamat.

” Sebagai orang Islam kita tidak boleh berputus asa dalam berusaha mencari dan mencari kebenaran tetapi janganlah sehingga menggunakan khidmat bomoh dan melakukan perbuatan syirik,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro




Post a Comment

0 Comments