“Sayang mungkin tak mampu beri B anak..” - Wanita ini kongsikan pengalaman kandung cyst


Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Hanya individu yang kuat mampu menanggung segala ujian yang diberikan. Wanita tabah ini tidak terkecuali menerima ujian ini. Pada mulanya, dia berasa kehidupannya gelap seketika apabila dia dimaklumkan oleh doktor berkemungkinan rahimnya bakal dibuang jika cyst terus merebak.

Tetapi, dia tidak terus melatah, sebaliknya menadah tangan memohon petunjuk. Perkongsian wanita ini diharapkan dapat memberikan peringatan kepada wanita di luar sana supaya menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

I WASN'T PREGNANT, I HAD CYST. Panjang masa yang di ambil untuk membuat perkongsian ni. Di sini, ada kisah berserta nasihat yang ingin diberikan berdasarkan sedikit pengalaman yang pernah dilalui.

Januari 2016, Alhamdulillah saya menjadi seorang isteri kepada imam bernama Azrul Aziz. 2 tahun pertama kami merancang untuk tidak lagi menimang zuriat atas faktor kami pelajar, untuk mengukuhkan ikatan pernikahan yang baru dibina dan juga untuk menstabilkan ekonomi dan sahsiah kami sebelum bergelar ibu bapa.

Menuju ke akhir tahun ke-2 perkahwinan, kami memutuskan untuk menimang cahaya mata, menjemput zuriat dalam keluarga kecil kami jika itu yang terbaik menurut aturanNya. Bermula dari sini, satu lembaran kisah hidup Dia bentangkan di hadapan kami.

Lebih kurang Julai 2017, kami teruji dengan keadaan saya yang mengalami haid tidak teratur. Oleh kerana secara lumrahnya haid saya teratur bermula dari kali pertama, ianya mendatangkan kegusaran. Ditambah dengan kesukaran untuk mengira waktu haid dan istihadah berdasarkan waktu haid yang sangat panjang, kami mula merujuk hal ini kepada pakar perubatan. Temujanji demi temujanji serta menjalani ultrasound, semuanya kelihatan normal, barangkali perubahan hormon yang temporary disebabkan stress atau faktor yang lainnya.

Januari 2018, saya mula mengalami heartburn yang boleh dikatakan teruk. Terkadang rasa seolah-olah tidak boleh bernafas dan dalam keadaan seperti itu, saya amat sukar untuk makan. Di samping itu, dalam tidak sedar berat badan bertambah di luar jangkaan, walaupun amount and pattern diet saya tetap sama seperti sebelumnya. Suami, keluarga dan rakan-rakan tertanya-tanya adakah saya mengandung? Saya akui kerana persoalan itu dan ditambah dengan haid yang masih tidak teratur, saya kerap menjalani ujian air kecing untuk mengesahkan samada saya mengandung atau tidak. Dan terbukti, setiap ujian yang dijalani memberikan keputusan negative.

Jun 2018, saya semakin mudah merasa kenyang setiap kali makan, dan saya juga semakin kerap mengunjungi tandas untuk membuang air dan perubahan itu disedari suami. Oleh kerana haid yang terus tidak teratur, kami meneruskan rawatan dengan merujuk pakar sakit puan di Kelantan. Disebabkan kekangan masa dan urusan pengajian, temujanji saya terpaksa ditangguh 2-3 kali. 

19 Julai 2018, ketika ini saya dan suami sedang menjalani latihan perindustrian (praktikal) dan hari ini saya mengunjungi doktor pakar sakit puan ditemani ummi saya, Hapizah Soekis. Konsultasi dengan doktor berjalan lancar sehinggalah saya menjalani ultrasound sekali lagi. Dengan riak wajah yang terkejut, doktor pakar berbincang bersama doktor pelatih (barangkali) serta jururawat yang ada bersama beliau. 

Dengan nada yang kedengaran berhati-hati, doktor mengatakan bahawa ada sesuatu di ‘kilang telur’/ovari saya. Dengan tenang saya terus mendengar penjelasan beliau. Beliau mengambil masa yang agak lama memeriksa ovari di kiri dan kanan sambil berbincang kemungkinan situasi yang saya hadapi. Dengan sedikit ilmu medical terms dan English, saya dapat meneka kemungkinan keadaan saya. Mood yang mesra, damai dan tenang di dalam kamar itu tadi tiba-tiba berubah. 

Antara dialog yg berlaku ketika itu antara saya dan doktor tersebut:

Doktor: Ada ketulan ye di kilang telur awak, ovari. Nampak macam ada kat dua-dua belah tapi banyak di bahagian kanan. Nampak macam ketulan-ketulan kecil yang banyak. Awak takde rasa sakit ke kat bhgian abdomen, perut awak  ni?

Saya: Ada doktor, kadang kuat jugak tapi saya rasa bearable, masih boleh tahan.

Doktor: Lama dah start rasa sakit?

Saya: Lebih kurang akhir tahun lepas atau awal tahun ni doktor.

Doktor: Awak ada ambik ubat putih atau kurus ke?

Saya: Tak pernah doktor.. sy tak makan benda-benda mcm tu..

Doktor: Dalam family, ada yg kena kanser ke?

Saya: Ada doktor, makcik saya.

Doktor: Belah mak atau ayah?

Saya: Belah mak.

Dialog itu berakhir di situ buat sementara.

Ketika itu terbayang wajah arwah ibu sedara saya yang baru meninggal tahun lepas. Saya sifatkan beliau sebagai salah seorang cancer-fighter yang bertarung dengan breast cancer hampir 8-9 tahun kalau tak silap saya. Wanita hebat yang diuji, namun saya tak merasakan bahawa saya akan menjadi sesabar dan setabah beliau jika diuji sedemikian.

Doktor mula kelihatan ‘kalut’ memberi arahan itu dan ini kepada jururawat serta beliau mengisi 3-4 borang di hadapan saya. Darah saya diambil sebanyak 6 botol darah. Kembali bertemu doktor, doktor menerangkan yang penyisatan untuk mengetahui keadaan sebenar saya perlu dilakukan melaui CT Scan, dan diagnos hari itu belum dipastikan dan hanyalah kemungkinan. Surat rujukan untuk menjalani CT Scan diberikan, tertulis di bahagian bawah surat tersebut adalah: Possible diagnose: ovarian cancer

Selepas pertemuan hari itu, tarikh temujanji dimaklumkan pada suami, ummi dan keluarga namun diagnose hari itu dan matlamat temujanji seterusnya tidak dimaklumkan. Hampir 2-3 hari ianya disimpan sebagai rahsia. Memandang suami, keluarga terutama ummi ayah terasa begitu asing kerana memikirkan kemungkinan yang berlaku. 

Akhirnya ummi dimaklumkan terlebih dahulu dan kemudian suami. Dengan matlamat untuk menjadi lebih peka menjaga pemakanan, ibu mertua mengetahui hal tersebut dan tangisan di pipinya membuatkan air mata saya yang bergenang di kelopak mata juga tidak dapat dibendung. Tangisan saya seka dan senyuman diukirkan. Suami mula resah, merujuk ke sana dan ke mari, bertanyakan kemungkinan yang akan berlaku kepada saya.

“Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana memilihku menjadi insan yang diuji” – Itu suara hati yang saya pegang sejak menerima berita tersebut.


13 Ogos 2018, CT Scan dijalankan. 29 Ogos 2018, temujanji dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui keputusan CT Scan. Kemungkinan saya mengalami kanser ovari ada,namun ianya hanya dapat dibuktikan apabila sampel ketumbuhan di ovari saya dikeluarkan dan diuji. Tarikh pembedahan ditetapkan dan keputusan yang dicapai adalah untuk mebuang ketumbuhan yang ada serta membuang ovari kanan saya. Dengan penjelasan bahawa peluang saya untuk mengandung tetap ada memandangkan masih ada ovari kiri, suami menerima keputusan tersebut.

1 Oktober 2018, kami mengambil cuti selama seminggu untuk urusan pembedahan dan hari ini saya dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan pembedahan keesokan harinya, dan ditemani kakak tercinta Ummu Husna Derahman. 

Petang itu, sekali lagi ultrasound di jalankan, saya dimaklumkan tentang doktor-doktor yang akan menyertai pembedahan saya. Saya mengisi borang kebenaran untuk dibius penuh serta saya diterangkan tentang proses pembedahan esok hari. 

Berdasarkan pemerhatian melalui ultrasound serta dibantu oleh imej dari CT Scan, doktor seolah-olah merasakan keadaan saya lebih teruk dari yang sebelumnya. Dan doktor juga telah memaklumkan berkemungkinan kedua-dua ovari akan dibuang. Sekiranya telah merebak ke bahagian rahim, doktor terpaksa membuang rahim sekali. Dan doktor meminta persetujuan.

Keadaan wad terasa sunyi, dalam keadaan terkesima saya mengiyakan dan doktor membenarkan saya kembali ke katil selepas memaklumkan bahawa saya perlu menandatangi surat persetujuan untuk menjalani pembedahan dan dibius penuh.

Dengan fikiran kosong, saya disapa kakak dan saya bertindak biasa. Saya kemudian berwuduk dan solat Asar. Sujud kali itu terasa lama, tangisan dalam diam mencurah di dada sejadah. Doa terasa sukar dilafaz. Ketika itu, terasa seolah-olah hamba yang sangat dhaif dan hina di hadapanNya, hamba yang sedang memahami aturanNya dan dalam keadan bertawakal terus mensyukuri nikmat ujian itu. 

Memandangkan saya hanya ditemani ummi, ayah Derahman Yusoff dan kakak semasa urusan kemasukan wad, petang itu suami datang seawal waktu melawat bermula. Saya menyambut dengan senyuman namun hati yang gundah. Selepas usikan dan jenaka antara saya, suami dan kakak, suami duduk di hadapan saya dan memandang tepat wajah saya, seolah membaca riak wajah saya untuk berkomunikasi dengannya.

Dengan hati dan lidah yang berat menuturkan kata, saya menceritakan apa yang saya lakukan tadi. Menyampaikan maklumat untuk pembedahan esok kemudian mengkhabarkan kemungkinan yang bakal kami hadapi esok. Saya ingin dia menjadi yang pertama dimaklumkan, kakak ditepi mendengar dengan tenang.

Wajah suami kekal tenang namun tangisan saya tak dpt dibendung. Hakikatnya saya tak mampu untuk menzahirkan kata, tapi saya memujuk hati. Dia menenangkan saya bahawa itu hanya kemungkinan dan bukan kepastian. Saya memaklumkan bahawa dia akan membuat keputusan tersebut esok jika diperlukan. 

Air mata saya terus mengalir laju, memandang wajah suami dengan bayangan “sayang mungkin tak mampu beri b anak..”, ianya terasa begitu pahit dan pedih. Terlintas di hati, andai benar itu takdir yang bakal tersurat, saya berazam untuk minta dilepaskan kelak agar suami mampu memilik isteri yang dapat memberinya zuriat. Suami menemani hingga ke habis waktu melawat dan pulang dengan riak wajah yang tenang dan menasihati untuk saya terus bertilawah untuk menenangkan hati.

Malam itu, mesej dari teman-teman bertanyakan khabar dan mendoakan tidak putus tiba. Abang Muhd Mustafa Siba'ei dan adik Ammar Irfaan yang kejauhan membuat video call serta menghantar pesanan bahawa mereka sentiasa bersama walau berjauhan. Sokongan moral dari kakak ipar Ira Faziera juga diterima menerusi telefon pintar saya. Tidak di duga, pesanan ringkas dari kakak ipar Azliza Aziz Liza dan adik ipar Wawa Aziz II menambah hiba dan mengudang tangisan yg terhenti.

“Utamakan diri adik sebelum fikirkan tentang org lain.. kami sekeluarga menerima apa-apa keputusan seadanya.. Zuhdi dan Zuhaira sayang cik Ummu..”

“I know you’re strong kak Ummu... we all love you and I love you too, my sister..”

Begitulah ringkasan dari mesej mereka yang panjang. Malam itu terus berlalu.

2 Oktober 2018- Hari pembedahan. Seusai solat subuh, suami, ummi ayah, abang Mohd Amir Hadi Derahman sudah sampai ke wad dan bersama ketika itu adalah kakak ipar Hawadah Shafii yang setia menemani dari semalam. Kemudian kakak dan abg ipar Najahuddin Fuad Yusoff turut hadir, mengambil cuti belah pagi untuk menemani sepanjang pembedahan. Pembedahan saya adalah yang pertama dan dijadualkan pada pukul 8 pagi. 

Suami datang dan duduk bersama di atas katil. Dia menyusun atur. Kemudian dia bersuara, memaklumkan bahawa dia telah berbincang dan befikir, apa jua keputusan yang perlu diberikan hari ini, dia akan memilih apa yg terbaik untuk kesihatan saya. Andai menghilangkan peluang untuk kami mendapat zuriat sendiri itu yang terbaik untuk saya, maka dia kan memilih keputusan itu. 


Di akhir kata, dia berkata sambil bercanda, “kita boleh dapatkan anak angkat.. ma dan semua kat rumah pun bersetuju dan menyokong pendirian b”, sekali lagi air mata saya mengalir, terharu dengan layanan dan sokongan dari suami dan keluarga beliau. Pukul 8 pagi, saya dibawa ke dewan bedah diiringi anak-anak buah dan keluarga memberikan sokongan.

Ayah bersuara dalam ruangan sebelum ke bilik bedah, “Ayah tahu Syera anak ayah yang kuat..”, sebak di dada di tahan, flying kisses dari ummi, dan ciuman di dahi diterima dari ayah dan suami. Ahli keluarga yang lain menunggu di luar.

Alhamdulillah, pembedahan hanya mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dan kira-kira 2 jam kemudian, saya dibawa keluar dari dewan bedah menuju ke wad. Saat terjaga saya sempat merasa perubahan di bahgaian abdomen di mana perut saya menjadi begitu kempis. Sempat berbicara dengan doktor walau saya dalam keadaan lemah, beliau memaklumkan hanya cyst yang dikeluarkan serta ovari saya pun tidak dibuang bersama kecuali sedikit sahaja yang bersambung dengan cyst. Berbanding dengan teori awal bahawa cyst saya merupakan ketulan-ketulan kecil, hakikatnya ianya merupakan satu kantung yang sangat besar bersaiz 30cm X 30cm dan dipenuhi cecair yang akan dikenalpasti kemudian.

Mendengar penjelasan dari doktor dan menerusi gambar yang sempat di ambil suami ketika dipanggil seusai cyst tersebut berjaya di keluarkan, alhamdulillah, kelihatan kelegaan dan kegembiraan di raut wajah suami. Allah menguji dengan kami dengan sangkaan yang kami tidak akan dapat menimang cahaya mata sendiri, namun Allah hakikatnya seakan mencuit hati kami untuk mensyukuri kebenaran yang rahim saya bahkan kedua-dua ovari saya dalam keadaan baik. 5 hari kemudian saya dapat pulang ke rumah dan meneruskan recovery phase di rumah. Saya mengambil cuti pengajian untuk satu semester untuk tujuan fokus pada pemulihan.


Pelbagai pengajaran yang saya dapat perolehi dan simpulkan dari sebahagian kisah hidup saya ini. Saya bila mengetahui tentang keadaan saya sebelum ini, saya menjadi lebih peka dan belajar tentang mereka-mereka yg diuji dgn cyst ini. Sedikit kesimpulannya adalah:

Antara punca/faktor yg menyumbang kepada cyst:
  1. Wanita yg memiliki berat badan berlebihan atau obes berkecenderungan untuk menghidap polycystic ovarian syndrome (PCO’s) dimana terdapat banyak cyst kecil pada ovarinya – menghalang telur keluar dari kilang ovari lazimnya menyebabkan sukar hamil
  2. Wanita dlm era reproduktif  di mana ovarinya berfungsi dengan baik juga merupakan golongan berisiko
  3. Wanita pada era sebelum menopaus – jika terdapat cyst, besar kemungkinan mengidap kanser itu tinggi
  4. Pengmbilan pil atau serbuk kolagen – or probably mudah difahami produk nak putih atau kurus
  5. Pemakanan – haiwan yg disuntik hormon nak besar so on or suntikan hormon dlm binatang ternakan utk elak penyakit
  6. Stress dan tekanan perasaan
  7. Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron dlm tubuh badan
  8. Lebihan hormon Xenostogen dlm badan
  9. Kelewatan menimang cahaya mata – wanita yg lambat mengandung dan melahirkan anak mempunyai risiko yg lebih tinggi
  10. Merokok
  11. Genetik

Simptom cyst:
  1. Mengalami kesakitan pada bahagian pelvis, ketika melakukan hubungan kelamin dan sakit ketika haid (/)
  2. Mengalami masalah membuang air kecil atau besar (...)
  3. Perut membesar dan terasa ada ketumbuhan di perut/kembung perut tak terkawal (/)
  4. Rasa kenyang atau perut penuh (/)
  5. Rasa mahu terkencing sepanjang masa (/)
  6. Sakit di belakang atau paha (...)
  7. Payudara menjadi lembut (...)
  8. Pening dan muntah (/)
  9. Period/haid tak teratur (/)

(/) utk simptom yg sy alami dan (...) utk simptom yg sy tak ingat atau tak  perasan saya alami. 

Konklusinya, sentiasa alert dengan anugerah kesihatan yang diberikan kepada kita and never take it for granted. Jangan ambil remeh dengan perubahan atau kesakitan yang tubuh kita alami especially perempuan (sebab perkongsian saya ini fokus pada wanita). Diri sendiri dan suami terutamanya, serta kaum keluarga perlu alert dengan apa-apa perubahan yang berlaku dan cepat-cepat rujuk pada pakar.

Latest update: Baru jumpa doctor untuk follow up case ni, doktor terkejut sebab Alhamdulillah saya dah mengandung 3 bulan. Tapi, bukan salah saya la doktor sebab doktor tak bagi amaran kena jarakkan dulu waktu ke apa. Meanwhile suami saya dah nak baby hahaha. 

However, Alhamdulillah doktor kata bayi dalam keadaan yang sihat dan tempat cyst pun masih dalam keadaan baik. So, doakan moga-moga kandungan ini insya-Allah sentiasa dlm keadaan yang baik dan bayi akan dilahirkan kelak dlm keadaan sempurna dan baik-baik saja.

Itu saja perkongsian sy, moga ada manfaat dan peringatan untuk semua especially kaum suami dan wanita.

“Mencari yang sempurna itu mustahil, namun bagi menyempurnakan insan lain itu adalah sebahagian dari anugerah Tuhan buat kita, manusia”

Lots of love,
Ummu Syahirah Derahman

Sumber: Ummu Syahirah Deraman



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top