Putihkan Gigi Yang Kuning Sepantas 5 Minit. Guna 2 Bahan Saja!

 

Muka cantik tapi bila senyum gigi kuning. Spoil kan. Boleh jadi itu keadaan gigi korang sekarang kan.

Tahu tak ada cara mudah untuk menukar gigi yang kuning itu jadi putih dalam masa yang singkat atau lebih tepat lima minit saja.

Petua ini sangat berguna kalau korang ada interview atau nak jumpa klien penting supaya tampak bersih dan meyakinkan.

Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Fitriah Azman.

Putihkan gigi sepantas 5 minit sebelum jumpa customer

Kemain dia punya tajuk malam ni. Eh tapi betullah kan. Korang bayangkan, tak kira lah kita sebagai orang bisness ke sapa sapa, mesti level confident tu tiba tiba merudum kalau gigi nampak kuning. Betul tak?

Iyalah kan. Nak kepochi dengan customer mesti bukak mulut, nampak gigi. Jadi masa ni cuak kalau gigi kuning.

Jadi Kak El nak share la petua putihkan gigi dengan 2 bahan yang mudah didapati. Kak El dah cuba. Terbukti keberkesananyaa ok! Gigi nampak bersih. Nafas pun segar. Korang kena cuba jugak tau.

Bahan bahan
Soda bikarbonat
Perahan lemon

Cara cara:
1. Letak soda bikarbonat dalam bekas.
2. Perah lemon tadi ke dalam bekas yang dah diletak soda bikarbonat tadi.
3. Gaul rata larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi. Campurkan sedikit air ye.
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur macam biasa.

Penting!

  • Cara ni tak boleh diamalkan selalu tau. Sebab kita dah campur perahan lemon kan. Kalau kerap guna nanti terhakis gigi kita kan.
  • Boleh tambah garam dan guna gel aloe vera dalam larutan tadi untuk kurangkan karang pada gigi.
  • Boleh juga gantikan lemon dengan strawberi yang dihancurkan.

Selamat mencuba !

Sumber: Fitriah Azman

 

Artikel Berkaitan:5 Cara Hapuskan Plak Gigi Guna Bahan Dari Dapur Saja

The post Putihkan Gigi Yang Kuning Sepantas 5 Minit. Guna 2 Bahan Saja! appeared first on Vanilla Kismis.




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top