Marahkan Permainan Beyblade Yang Dikatakan Berbhya, Wanita Ini Dise|ar Netizen

Zaman sekarang permainan tradisional seperti gasing pangkah tidak lagi menjadi satu permainan yang mendapat tempat dikalangan kanak-kanak bandar.

Akibat daripada proses urbanisasi, permainan tradisi gasing pangkah ini sudah berevolusi dan tidak semestinya dimainkan dikawasan yang tidak memerlukan tanah lapang sahaja.

Jika dahulu kanak-kanak kampung bermain gasing yang dibuat daripada kayu dan memerlukan tali untuk melempar pusingan, kini permainan tersebut hanya perlu dibeli di kedai dan diperbuat daripada plastik dan juga besi.

Ditambah pula dengan pengaruh yang dimainkan oleh media sosial, permainan gasing urban yang dikenali sebagai beyblade kini tular dan menjadi dambaan kanak-kanak untuk dimiliki.

Dengan hanya menarik laras pada pemegang beyblade, pusingan yang dihasilkan setara gasing tradional dan permaianan ini biasanya dimain di dalam bekas khas umpama dulang bagi tujuan dilagakan. Beyblade siapa yang berhenti dulu dianggap kalah, manakala yang terus berpusing adalah pemenangnya.

Sebelum ini viral satu video pertandingan Beyblade yang telah disertai ramai kanak-kanak menarik perhatian umum. Akibat daripada harganya yang boleh dikatakan agak mahal bagi yang berkualiti tinggi, kanak-kanak ini menghasilkan Beyblade buatan sendiri.

Dikongsikan menerusi Twitter Fazri Hassan. Daya kreativiti anak buahnya itu mendapat perhatian netizen kerana mampu mereka cipta sesuatu berasaskan inovasi dan kreativiti yang unik.

Namun begitu baru-baru ini tular pula kes dimana berlakunya kecedaraan akibat permaianan ini dan dikongsikan oleh ntizen.

Dikatakan berpunca daripada kecuaian, tangan anak Puan Afzalizah Azizan berdrh teruk sehingga dikejarkan ke hosptl yang berhampiran.

Tambahan pula mempunyai masalah panik melihat drh, beliau dikatakan pengsan dan terpaksa diletak dibawah pemerhatian doc di tempat anaknya dirawat.

Kesal kerana membeli permaianan yang akhirnya menimbulkan masalah, beliau turut kongsikan nurkilannya sehingga menerima banyak komen dan perkongsian dikalangan pembaca.

Jika anda seorang ibu atau ayah, mungkin ia merupakan perkongsian yang boleh dipertimbangkan bila anak-anak meminta dibelikan beyblade.

Tetapi hasil perkongsian beliau akhirnya dikecm ntizen apabila dikatakan menyalahkan permainan beyblade sedangkan kemlngan yang berlaku akibat daripada tindakan anaknya yang cuba memperbaiki beyblade mwnggunakan pisau dapur.

Jadi apa pandangan anda pula?

The post Marahkan Permainan Beyblade Yang Dikatakan Berbhya, Wanita Ini Dise|ar Netizen appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top