Lisa Surihani Tampil Pertahankan Liyana Jasmay Apabila Penampilan Terbarunya Mendapat Reaksi Orang Ramai

AKTRES Lisa Surihani meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang terus menghentam rakannya iaitu Liyana Jasmay kerana penampilan muslimah yang didakwa sebagai hipokrit.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33, berkata, nasihat yang diberikan netizen dilihat sebagai satu sindiran kepada pelakon berkenaan.

Kita terlalu merisaukan dosa orang lain dari dosa kita sendiri. Bila kita nampak orang lain buat benda yang mungkin kita kurang setuju, patut kita ambil sebagai iktibar.

“Doakan yang baik-baik untuk orang lain. Walau atas dasar menasihati sesama orang Islam, yang lebih nampak di sini hanya sindiran dan perli memerli,” tulis Lisa.

Lisa meninggalkan komen tersebut di ruangan Instagram milik Liyana Jasmay pada malam Khamis.

Beberapa hari lalu, pelakon filem Kami The Movie itu menimbulkan persoalan netizen apabila memuat naik satu video hanya mengenakan topi sambil cuba menyorokkan rambutnya.

Liyana, 31, bagaimanapun sekali lagi memuat naik sebuah video di Instagram memaparkan dia sekadar mengenakan selendang sehingga menampakkan sebahagian kecil rambut hadapannya semasa menghadiri sebuah pertunjukan fesyen pada Khamis.

Ekoran itu, netizen mula melabel penyanyi lagu Oh Na Na sebagai hipokrit dalam menutup aurat.

Video Liyana Jasmay

Nanti dah buka tudung jangan pula salahkan orang lain ye. Cermin diri dulu sebelum tuding jari ke arah orang lain, jangan jadi macam Emma,”

“Dah mula tunjuk rambut, esok lusa tercabut terus. Dah akhir zaman ni makin berani plak anda ya? Jadi trend pula artis bukak tudung,” ujar netizen.

Sementara itu, menerusi sebuah portal berita, Liyana enggan menjawab soalan yang dirasakan bodoh daripada media berkaitan isu itu.

Liyana mula mengenakan hijab pada Julai 2017.

Kredit:MstarOnline.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top