Lebih Berkhasiat Untuk Anak, Boleh Cuba Buat Dadih Guna Susu Full Cream

 

Dadih ini memang kegemaran anak-anak. Lembut bila masuk dalam mulut. Kalau dimakan sejuk waktu tengah hari memang lagi nikmat.

Disebabkan itu anak-anak memang cukup menyukainya maka daripada beli dadih yang berperisa sebaiknya kita sediakan dadih yang lebih sihat dan berkhasiat.

Mungkin ada yang tak tahu kita sebenarnya boleh buat dadih untuk anak-anak ini daripada susu full cream atau penuh krim.

Cara membuatnya dikongsi oleh Afieyza Isahak.

Lembutnya bila masuk mulut

Dah lama viral, baru nak cuba. Sungguh, sangat-sangat sedap! Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!

Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba!

Guna susu full cream

Bahan-bahan

• 1 liter susu kotak
• Agar-agar tali 20g. Guna 1/3 saja
• Gula ikut kemanisan sendiri
• Garam secubit rasa
• 1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar

Cara buat pun senang

1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.

2. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.


3. Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

Siap untuk ditelan!

Kredit resipi : Puan Niswah Hasina

Sumber: Afieyza Isahak

 

 

The post Lebih Berkhasiat Untuk Anak, Boleh Cuba Buat Dadih Guna Susu Full Cream appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top