Kumpulan Yang Aniaya Orang Kurang Upaya Ini Dicari Oleh Pihak Berkuasa

POLIS sedang mengesan beberapa individu disyaki terbabit dalam kejadian memukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tular di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, gerakan mengesan individu berkenaan dilakukan susulan laporan diterima daripada mangsa berusia 39 tahun.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Bukit Payung, pada 17 April lalu dan mangsa memaklumkan dia yang cedera akibat kejadian itu turut ditahan di hospital.

Mangsa hanya mengetahui kejadian itu tular di Facebook (FB) ketika melayari laman sosial berkenaan sebelum tampil membuat laporan polis.

“Kami sedang menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti punca kejadian dan individu bertindak memukul mangsa.

Ingin saya tegaskan, tidak kira apa kesalahan dilakukan lelaki itu orang ramai tidak sewajarnya mengambil tindakan sendiri sebaliknya biarlah pihak berkuasa jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Suhaimi berkata, pihaknya meminta individu terbabit atau saksi kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Video selama 30 saat merakam kejadian lelaki OKU kudung kaki kanan dibelasah beberapa individu tular menerusi FB sejak Sabtu lalu dan menarik perhatian netizen.

Hak Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan perkara yang telah dibincangkan secara meluas. Mereka merupakan antara kumpulan rentan dalam masyarakat. Malaysia telah meratifikasikan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada 6 Julai 2010, dengan reservasi ke atas Artikel 15 dan 18. Malaysia belum lagi menandatangani Protokol Pilihan kepada Konvensyen ini. Walaubagaimanapun, ratifikasi CRPD merupakan satu langkah yang membuktikan kesediaan Malaysia untuk melaksanakan hak asasi yang terkandung dalam CRPD menerusi tindakan.

Aduan dan isu-isu berkaitan OKU terus dibawa kepada perhatian Suruhanjaya. Ini termasuk pendaftaran OKU, sistem pendidikan, akses kepada kemudahan, perkhidmatan dan bangunan awam, kemudahan pengangkutan awam, peluang pekerjaan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Suruhanjaya sentiasa menyeru Kerajaan memenuhi obligasinya di bawah CRPD dengan memastikan agar OKU dapat menikmati hak asasi mereka kepada kehidupan, tidak diskriminasi, hak sama rata, akses kepada keadilan serta penyertaan dalam arena politik. OKU berhak untuk menikmati hak sivil, politik, sosial, ekonomi serta kebudayaan mereka secara sama rata dengan orang lain.

Suruhanjaya kini sedang mengkaji isu-isu berkaitan hak kepada pendidikan bagi Kanak-kanak dengan Masalah Pembelajaran (CWLD) menerusi penganjuran aktiviti untuk mengumpul maklumat dan mengenal pasti isu-isu berkenaan CWLD. Ini termasuk lawatan lapang ke sekolah-sekolah yang mempunyai program integrasi dan sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran CWLD; forum awam berkaitan hak kepada pelajaran bagi CWLD; dan bengkel latihan untuk guru.

Sumber:HMetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top