Kita Boleh Tolak Beri Hutang Pada Kawan Yang Ada Ciri 11 Ini

 

Ramai yang ada pengalaman beri hutang pada kawan tapi akhirnya tak dibayar. Kadang-kadang terpaksa mengemis minta bayar hutang.

Ada yang terkena berkali-kali keadaan ini kerana sifat tak sampai hati kita.

Supaya tak berlaku lagi situasi begini, kita mungkin boleh ikut saranan dari Azizul Azli Ahmad, penulis buku berkenaan kewangan dan hartanah ini.

Menurut beliau golongan begini boleh kita tolak dari beri hutang.

11 ciri kawan yang kita boleh tolak beri hutang

#TabungHutang

JANGAN BERI HUTANG

Semua antara kita pernah memberi hutang saya rasa. Walaupun ‘Melayu mudah lupa” tetapi bila orang berhutang dengannya, ia kekal dalam fikiran sampai bila bila, Itu fitrahnya.

Saya beranggapan kita boleh menolak untuk memberi hutang golongan manusia yang ;

  1. Buat sambutan hari jadi anak bertema Frozen atau superhero terkini

2. Ada spoiler pada wiranya lebih tinggi dari kancil kita

3. Masih merokok macam biasa

4. Kekal dengan i-phone 6, sedangkan kita masih guna oppo sahaja

5. Baju rayanya ada tujuh warna dan sebelas jenama

6. Masih updated FB makan di Secret Recipe

7. Bercuti di hotel bergambar sebelah kolam mandi

8. Buat kenduri mengalah anak menteri

9. ‘Shopink’ masih ke Sogo, Lazadah dan Pavilion lagi.

10. Tempah baju pengantin yang bergemelapan sana sini.

11. Masih langgan saluran tv berbayar, sedangkan kita cuma tengok TV3.

Mereka gagal tentukan yang mana keperluan yang mana kehendak. Anda punyai hak untuk tidak beri mereka pinjaman.

Jika tidak, mereka akan lupa siapa anda, bila jumpa pastinya mencuka. Anda bukan lagi sahabatnya. Anda membina musuh dengan memberi mereka hutang.

#Tips Hutang

Kika hutang untuk beli barang keperluan, sila pertimbangkan.

  •  Jangan tunaikan 100% permintaan hutang, jika dapat 50% dari permintaan
  • Beri nilai yang kita anggap akhirnya boleh jadi niat sedekah, jika dia tak bayar. Anggaplah sedekah sahaja.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

The post Kita Boleh Tolak Beri Hutang Pada Kawan Yang Ada Ciri 11 Ini appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top