Kalau Nak Bakar Lemak Paling Banyak Bulan Puasa, Bersenamlah Pada Waktu Ini

 

Walau pun puasa tapi ada saja yang gigih melakukan senaman demi misi menurunkan berat badan, langsing menjelang raya.

Memang boleh saja kalau nak buat tapi memandangkan bulan puasa kita kena tahu do and dont’s supaya senaman yang kita buat memberi kesan dan bukan membuatkan akan letih tak bermaya hingga menjejaskan tubuh badan.

Mengambil saranan dari jurulatih kecergasan Kevin Zahri, ini adalah waktu terbaik untuk bersenam dan senaman yang sesuai dilakukan.

Waktu terbaik sejam sebelum berbuka

Jika mahu membakar lebih banyak lemak bulan puasa, waktu terbaik untuk bersenam adalah sejam sebelum berbuka.

Ini kerana selepas sehari berpuasa dan kehabisan glycogen, badan kita terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga bersenam.

Senaman yang sesuai adalah senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu).

Macam mana nak tahu heart rate 65% peratus? Pastikan anda berasa beban senaman tapi masih bole bercakap dengan orang sebelah tanpa tercungap-cungap.

Slow jog dah cukup

Disarankan senaman ringan ini dilakukan di tempat yang redup atau indoors. Sila berhenti kalau berasa pening atau loya.

Selain sejam sebelum berbuka, korang boleh juga melakukan senaman ini sejurus selepas berbuka puasa. Tapi pastikan berbuka dengan air saja. Air pun masih kosong (tanpa kalori) bukan air manis.

Senaman tinggi intensiti seperti Tabata, aerobik dan sebagainya tidak digalakkan dalam keadaan berpuasa. Walau pun nak kurus cepat senaman ini tak disarankan.

Senaman intensiti tinggi tanpa minum air sememangnya bahaya dan boleh mengakibatkan risiko kecederaan, pengsan malah serangan jantung.

Sumber: Kevin Zahri

 

 

The post Kalau Nak Bakar Lemak Paling Banyak Bulan Puasa, Bersenamlah Pada Waktu Ini appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top