K0t0r seperti di dalam t0ng smph, wanita ini tiada pilihan lain selepas diugvt pemandu Teksi tidak bertanggungjawab ini

Isu pemandu teksi di Malaysia seperti tiada kesudahan. Terpalit dengan imej yang buruk setelah sekian lama, perkhidmatanmya kini dilihat sudah tidak lagi relevan dikalangan rakyat tempatan. Rata-rata yang menggunakan perkhidmatan teksi kini merupakan golongan terdesak yang tidak mempunyai pilihan lain selain warga asing yang tidak mempunyai smart phone.

Sejak perkhidmatan e-hailing diperkenalkan di negara kita sekitar tahun 2015, perkhidmatan teksi dilihat bersaing cukup sengit bagi meneruskan legasi mereka yang memonopoli perkhidmatan awam darat di bandaraya besar seperti di Kuala Lumpur. Budaya menunggu dan menahan teksi di tepi jalan bukan lagi pilihan rakyat Malaysia.

Ini berpunca daripada letusan teknologi yang dibawa oleh aplikasi melalui smart phone, budaya berkenaan sudah berkurangan kerana pengguna lebih selesa membuat tempahan menerusi dalam talian seterusnya mengetahui senarai harga yang ditetapkan sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan teksi itu.

Kisah perebutan antara pemandu teksi dan Grab sehingga mencetuskan perkelahian di hadapan penumpang memang sudah tidak asing lagi. Jesteru itu PM turut pernah menasihatkan pemandu teksi agar mengubah sikap dan terimalah hakikat bahawa sekarang zaman persaingan perkhidmatan mana yang lebih baik. Oleh yang demikian pertingkatkan ilmu, kemahiran dan kemahiran komunikasi jika ingin memastikan perkhidmatan teksi kembali menjadi pilihan pengguna.

Namun begitu, apa yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun fb bernama Siti Hajar Azmi pagi tadi nampaknya membuktikan bahawa perkhidmatan teksi masih berada di takuk lama. Posting yang dikongsikan telah menjadi tular dan mendapat respon dari wargamaya yang jelas tidak menyebelahi pemandu teksi.

Jom ikuti perkongsian beliau :

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

No kenderaan: HWE 7990

Tarikh & masa: 9/4/19 & 7.20am

Lokasi: Sri Pernama gate A Bandar Sri Permaisuri

Mohon berhati-hati dengan teksi HWE7990.

Selalu aku akan pegi kerja naik moto je turun di LRT salak selatan. Tapi pagi ni terpaksa naik teksi sebab bawak beg. Secara kebetulan Teksi HWE 7990 ni memang dh ada so aku pon naik je la. Suruh driver buka bonet sebab nak letak beg. Sekali dia buka 1 bonet kereta to penuh sampah sarap. So Aku tutup bonet to dan letak beg dalam kereta. Dia pandang aku ‘pahal tak letak belakang?’ aku cakap la dalam bonet banyak sampah. Dia xpuas hati keluar kereta buka bonet kereta ambil beg aku sumbat je dalam to. Dia cakap ‘bangla pon boleh muat 3beg kau 1 beg je’ ko byangkn beg bju ko dalam bonet penuh smpah weh. Aku dh rasa macam better naik grab. ‘Aku cakap xpela saya order grab’ dia uggut aku. Suruh bayar rm3 sebb dah buka teksi dia. Kalau xbayar rm3 to dia bawak lari beg aku. Disebabkan nak cepat aku pon naik je. Igat lepas naik ok la selesai. Driver to boleh maki2 cakap benda kesat aku nk rekod tapi dia cepat2 kuatkn radio. Sampai office aku trs buat aduan. Dan skrg kes akn dipanjnagkan di pihak jpj.

So korang nak naik teksi better carefull . Kita sebagai cust ada hak utk memilih.

Rata-rata pembaca terus menghujani ruangan komen dengan pandangan-pandangan yang mencemuh pemandu teksi tersebut. Dikatakan kes tersebut kini sudah berada dalam siasatan pihak berkuasa, diharapkan netizen tidak keterlaluan dalam menjatuhkan hukuman.

Tetapi apa yang berlaku kepada pn siti hajar sememangnya tidak patut kerana apa yang dimaklumkan beg beliau juga telah pecah setelah diletakkan di dalam bonet teksi tersebut.

Anda pernah hadapi situasi yang ingin dikongsikan berkenaan perkhidmatan teksi, jom kongsikan

The post K0t0r seperti di dalam t0ng smph, wanita ini tiada pilihan lain selepas diugvt pemandu Teksi tidak bertanggungjawab ini appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top