Juara Tilawah AlQuran Menjadi Tumpuan Ramai Dan Ramai Ingin Dekatinya

Sedap mata memandang, sedap lagi telinga mendengar. Begitulah yang dapat digambarkan apabila bercakap mengenai Nor Farhatul Fairuzah Panut yang menjadi sebutan ramai, selepas menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa, pada Sabtu lepas.

19 tahun dah juara!
Pelajar tingkatan 6, SMAP Labu. Kemenangan gadis berusia 19 tahun ini, telah membawa pulang kepingan emas bernilai RM 70,000, wang tunai sebanyak RM40,000 dan juga piala iringan. Qariah muda itu merupakan pelajar Tingkatan 6 dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuann (SMAP) Labu, Negeri Sembilan.

Soal jodoh, saya mahu yang biasa2 sahaja..
Namun apabila diajukan soalan berkaitan jodoh pilihannya, gadis berusia 19 tahun ini terlihat malu seketika, namun menjawab bahawa dia belum mahu memikirkan perkara tersebut, sebaliknya mahu menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Farhatul Fairuzah berkata dia hanyalah meletakkan kriteria yang ‘biasa-biasa’ sahaja untuk mana-mana lelaki yang ingin menjadi pasangan hidupnya suatu hari nanti. “Alah…(sambal tertawa), belum terfikir lagi, tapi tak taulah… kalau boleh yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Tak kisah.”

Amal baca Quran setiap 15 minit…
Menurut anak bongsu daripada lima orang adik-beradik itu, dia mengamalkan membaca al-Quran setiap 15 minit, dan waktu yang paling sesuai adalah selepas menunaikan solat subuh untuk ‘memecahkan suara’. Nur Farhatul Fairuzah juga merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang al-Quran dan syariah.

Ternyata, qariah muda ini telah mengundang perhatian ramai jejaka kerana wajah manisnya. Rata-rata ramai cuba untuk memikatnya menerusi ruangan komen laman sosial.

Ini nasihat kelakar, tapi deep dari Abdul Rani Kulup kepada adik Farhatul Fairuzah.
KUALA LUMPUR : Qariah Malaysia, Nor Farhatul Fairuzah Panut yang menjuarai Kategori Tilawah (Wanita) pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61, malam tadi, mahu membawa ibu menunaikan umrah menggunakan wang kemenangannya.

Nor Farhatul Fairuzah, 19, yang memperoleh 87.05 peratus markah menerima hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan. Pelajar Tingkatan Enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan itu berkata, ibunya, Jaliah Simin, 63, pernah menyatakan keinginan menunaikan umrah, justeru beliau mahu merealisasikan hasrat berkenaan sebagai tanda terima kasih atas segala pengorbanan orang tua.

Nasihat dari Abdul Rani Kulup Fans – Official
Abdul Rani Kulup Fans – Official semamngnya terkenal dengan troll dan lawak2 di sosial media. Walapun kadaang-kadang trollnya agak keterlaluan, tapi banyak nasihat yg berguna boleh kita ambil. Ini nasihat beliau kepada Farhatul Fairuzah, juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun

“Nor Farhatul Fairuzah pelajar tingkatan 6,sekolah menengah agama persekutuan,Labu Seremban.Beliau johan dalam menghafaz Al Quran peringkat antarabangsa tuan2.Bawak balik jongkong emas beharga 70 ribu dan wang tunai 40 ribu ringgit malaysia,yang disampaikan oleh Sultan Perak,Sultan Nazrin Shah.Orang macam gini la yang patut di angkat dan di hebahkan.Esok dah besar sikit jangan bekawan dengan budak2 PUnai ni.Itu contoh la ayah bagi kan

Dulu ayah hampir jugak nak masuk pertandingan Qari ni.Ini cerita benar ni bukan sembang sedara.Tiap2 lepas magrib ayah akan habiskan masa mengaji Quran dalam rumah.Rumah ayah ni mendap,bila ayah baca Quran tu bedengung la sikit.Satu hari tu bila ayah sedang kusyuk mengalunkan bacaan Surah Al Kahfi,tetiba ada orang ketuk pintu rumah ayah

Ayah pon meluru la bukak pintu,yang datang rumah ayah tu jiran sebelah rumah.Kendian makcik tu tanya ayah “Maaf ye Lop,acik nak tanya kat mana beli CD orang mengaji tu?.Acik denga tadi bukan main sedap bacaannya

A’ah sudah cakap ayah dalam hati.Ayah dah cuak,ayah dah cemas.Kang kalau cakap ayah yang mengaji kompom makcik tu ludah muka ayah,katanya ayah menipu warga Emas pulak.Kalau ayah cakap bukan CD makcik tu takkan percaya,mesti dia cakap ayah temberang.Sebesalah ayah masa tu.Waktu tu ayah hanya mampu berdiam diri aje depan pintu

Kendian makcik tu cakap dengan ayah.Lepas isyak karang makcik tu nak pinjam CD tu.Start pada tu hari ayah jarang dah mengaji sedap2 ni. Takot betul ayah orang datang rumah slalu. Baru2 ni AADK datangg rumahh ayahh.

Kredit:EmpireMediaNetwork




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top