“Jika saya tak sayang ,dia tidak berada ditempat sekarang” Sheila doakan kejayaan Janna Nick

PELAKON Shiela Rusly tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata ketika berkongsi mengenai status hubungannya dengan aktres Janna Nick.

Menurut Shiela, dia sudah memaafkan Janna namun masih belum mampu menerima perbuatan yang telah dilakukan oleh pelakon utama drama Leftenan Zana itu.

“Dia dah mesej saya minta maaf dan sebagai manusia kita harus memaafkan mereka seikhlas hati tapi buat masa ini saya masih tak boleh hadam perbuatan dia kepada saya dan keluarga.

“Sejujurnya, saya dan keluarga sayang dia tapi isu ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Saya tak nak orang ingat saya menangis sebab berlakon.

“Kalau saya tidak sayang dia, dia tidak berada di mana dia sekarang” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sementara itu, isteri kepada pengarah Azman Yahya atau Jinggo ini turut mendoakan kejayaan Janna Nick dalam bidang lakonan meskipun bukan lagi di bawah bimbingan mereka.

Tambahnya, perjalanan karier Janna masih panjang dan dia perlu ikhlas dalam melakukan sesuatu jika ingin berjaya.

“Tak apalah, setiap manusia ada buat kesilapan dan kadang-kadang kita terlupa. Dia pun masih muda dan karier masih jauh lagi.

“Dia sudah selesa ditempatnya, kepak pun dah kembang besar dan luas. Kami sekeluarga mendoakan kejayaan dia.

“Semoga dia menjadi artis yang mampu membanggakan pengikut dan ambil iktibar dengan apa yang berlaku,” katanya.

Pada Februari lalu, Janna atau Nurul Jannah Muner, 25, memohon maaf secara terbuka kepada Sheila serta keluarganya jika dia pernah membuat sebarang kesalahan sehingga menggores perasaan penerbit dan pengarah itu.

Kemelut hubungan kedua-dua selebriti itu bermula apabila Sheila didakwa memuat naik status seolah-olah menyindir Janna di Instagram namun dinafikan oleh penerbit tersebut.

Ia lebih hangat diperkatakan oleh netizen apabila Sheila berhenti mengikuti Instagram Janna malah ada dakwaan mengatakan hubungan dingin itu adalah sebagai gimik untuk menaikkan rating drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd, Leftenan Zana.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : Mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top