Isu PU Abu, ini nasihat daripada Imam Muda Asyraf

Memang panas sekarang ini dengan isu PU Abu. Semua orang duk bercakap pasal isu ini. Tak ketinggalan juga dengan selebriti terkenal Wardina yang menegur.

Teguran Wardina memang boleh dikatakan panas telinga kepada yang mendengarnya. Tapi ada benar juga apa yang Wardina tegurkan. Mahu dia tak marah, tengah sarat mengandung kot dilepaskan.

Selain daripada Wardina yang menegur perbuatan yang dilakukan oleh PU Abu itu, Ustaz Ebit Lew juga dikatakan kesal dengan golongan suami curang ini.

Ustaz Ebit Lew menekankan agar jagalah isteri kerana ia adalah satu amanah, jangan bila tak suka di ceraiikan.

Setuju dengan saranan Ustaz Ebit Lew. Semoga para suami diluar sana senantiasa menghargai isteri anda.

Ada juga yang membuat perbandingan antara PU Abu dengan Edika Yusof. Mereka berkata Edika Yusof hanyalah seorang pelakon dan model bukan siapa siapa. Tetapi beliau memiliki paras rupa yang menarik.

Edika mempunyai isteri dan isteri dia pernah lumpuh selama 13 tahun, dia menjaga isteri dengan sangat baik. Isteri Edika Yusof benarkan dia kahwin lain tetapi dia menolak. Baik sungguh keperibadian Edika Yusof. Moga berkekalan hingga ke jannah.

Imam Muda Asyraf ada juga berkongsi kehidupan beliau agar menjadi pedoman kepada semua. Jom luangkan masa sedikit baca perkongsian beliau agar bermanfaat.

Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung.

Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : “Abang… Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah”…
Beliau langsung tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan apa yg saya belikan. Beg tangan dan kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami untuk membeli sesuatu untuk menggembirakan isteri. Tapi si suami tak mampu.

Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.

Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.

Saya kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sayatahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada.

Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.

Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga.

Kredit: IMAM MUDA Asyraf

Moga perkongsian ini dapat membuka minda kita supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.

 

The post Isu PU Abu, ini nasihat daripada Imam Muda Asyraf appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top