HONOR View20 Peranti Kelas ‘Atasan’, Pertama Dengan Kamera 48 Megapixel Dan Harga Tak Terjangkau Akal

HONOR View 20 yakni antara peranti pintar yang mempunyai ciri-ciri mengejutkan.

Kenapa?

Bahagian depan skrin dan belang ‘liar’ dibahagian belakang peranti ini menjadikan View 20 sebuah peranti yang menarik perhatian, seksi dan luar biasa.

Selain itu, HONOR View 20 menggunakan kamera depan 25MP dengan binaan dalam skrin dibahagian tepi belah kiri peranti.

Tapi kenapa dibelah kiri?

Menurut pihak HONOR Malaysia, ianya kerana mereka menurut kajian yang telah dilakukan, lokasi berlubang dibahagian kiri adalah kawasan yang paling tidak mengganggu pengguna walaupun skrin digunakan secara melintang.

Maka dengan rekaan skrin berlubang pengguna disajikan dengan paparan skrin LCD 6.4 inci yang lebih luas iaitu pada 85.7% dengan meninggalkan ruang bezel dibahagian tepi dan bawah.

Spesifikasi

  • Skrin: 6.4in FHD + LCD (398ppi)
  • Pemproses: octa-core Huawei Kirin 980
  • RAM: 6GB atau 8GB RAM
  • Penyimpanan: 128 atau 256GB
  • Sistem pengendalian: Magic UI 2 berdasarkan Android 9 Pie
  • Kamera: kamera 48MP belakang + sensor 3D, kamera foto diri 25MP
  • Kesambungan: soket fon kepala, LTE, wifi, NFC, Bluetooth 5 dan GPS (dwi-sim tersedia di beberapa kawasan)
  • Dimensi: 156.9 x 75.4 x 8.1 mm
  • Berat: 180g

Kamera sebesar 48MP

Selain menjadi peranti pertama tanpa takuk, HONOR View20 juga merupakan yang pertama menggunapakai sensor kamera 48MP dengan bukaan lensa pada f/1.8 dan tetapan kamera stereo 3D TOF (Time Of Flight).

Sensor Sony IMX  586 yang digunakan mempunyai saiz pixel sebesar 0.8 micron, digunakan untuk melaksanakan proses yang dipanggil sebagai ‘Pixel Binning’ yang memapatkan 4 pixel menjadi 1 (12MP) supaya ianya dapat menerima lebih pencahayaan terutamanya pada waktu malam.

Test 48MP AI Ultra Clarity Mode

Pilih resolusi 48MP dalam menu tetapan dan mod AI Ultra Clarity akan diaktifkan secara manual.

Kemudian, hidupkan kamera. Pilih ‘foto’ pada bar slaid. Klik ikon ‘Tetapan’ di sudut kanan atas. Masukkan menu ‘Tetapan’ dan pilih ‘Resolusi’. Pilih 48MP pada menu.

Hasil gempak

Mod Clarity AI Ultra 48MP berfungsi paling baik kalau objek yang mempunyai tekstur banyak diambil pada waktu siang.

Trik magis ramai tak tahu:

  1. Ambil foto teks seperti akhbar dari jauh. Besarkan (zoom) gambar dan perhatikan setiap huruf dapat dilihat dengan jelas.
  2. Ambil gambar landskap. Zoom gambar untuk melihat butiran.

Korang akan terkejut dengan hasil kamera peranti ni.  Terbaik.

TOF Kamera 3D

HONOR View 20 dilengkapi dengan kamera belakang 3D yang merupakan sistem kamera jarak jauh berfungsi untuk memancar dan menerima cahaya inframerah untuk mengukur jarak antara telefon pintar dan subjek.

Kehebatan fungsi ini membolehkan peranti memperoleh maklumat bentuk objek, mewujudkan dimensi baru fotografi dan videografi yang memberi lebih keseronokkan kepada pengguna.  Ia juga turut digunapakai untuk fungsi seperti 3D Motion Controlled Gaming dan 3D Shaping.

3D Motion-Controlled Gaming

Bagi menggunakan fungsi ini, korang boleh pautkan skrin telefon pada TV.

  1. Muat turun permainan di Galeri App Huawei atau Google Play Store.
  2. Gunakan dok dan kabel HDMI untuk menghubungkan telefon pintar ke TV untuk bermain permainan. Aksesori ini perlu dibeli secara berasingan. Dok ini adalah disyorkan.
  3. Permainan Kawalan Gerakan 3D yang disokong oleh HONOR View20: Ski Bersukan, Dart Fancy, dan sebagainya.

3D Shaping

Fungsi 3D Shaping mampu memberi efek bentuk fizikal subjek menjadi lebih kurus.

Hidupkan kamera. Pilih “Potret” atau “Video” di bar slaid. Klik ikon smiley pada sudut kanan bawah. Pilih “Shaping”, dan anda boleh menggunakan bar slaid untuk menyesuaikan degree

Untuk korang yang mencari-cari peranti yang memberikan efek ataupun fungsi kamera terbaik, HONOR View 20 adalah jawapannya.

Bagi yang belum tahu lagi tu, HONOR View 20 telah memenangi siri anugerah ‘Best of’ di Consumer Electronics Show (CES) 2019.

Memiliki alat canggih yang telah diiktiraf untuk prestasi perdana dan ciri elitnya, termasuk kamera belakang 48MP dengan AI Ultra Clarity, paparan All-View, kamera TOF 3D dan chipset berprestasi tinggi.

Hebat bukan?

Tunggu apa lagi? Tak logik untuk korang tunggu lama-lama dan tak grab cepat-cepat dengan harga RM1999 SAHAJA. Untuk maklumat lanjut layari website rasmi HONOR.






Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top