Cara Mudah Buat Telur Masin, Cuma Guna Cuka & Garam. Takde Lagi Dah Tanah Liat ‘Bedak Hitam’

 

Kalau beli telur asin biasanya ia akan diselaputi dengan tanah liat dan juga sekam padi yang hitam.

Ni memang cara untuk buat telur masin. Jadi bila nak rebus kita kena bersihkan semua ini dulu.

Tapi perkongsian Suzana Sha’em ini cukup menarik. Dia berkongsi cara buat telur asin yang cukup mudah.

Tak perlu tanah liat atau sekam , cuma pakai cuka dan garam dan takkan mengotorkan dapur.

Kalau nak cuba buat sendiri boleh lah ikut cara Suzana ini

Tak perlu beli lagi telur asin bedak hitam

Tadi berbuka bersama telo asin buat sendiri. Cantik oren dia.. Yeah menjadi. Lepas ni takde lah nak beli telo asin yang pakai bedak hitam tu lagi. Yang ni lagi bersih buat sendiri.

Bahan-bahannya

Telur itik
Cuka
Garam halus
Bekas

Cara membuatnya senang saja

1. Basuh bersih telur

2. Kemudian rendam dengan cuka selama 2 minit.


3. Seterusnya gaul telur tadi dengan garam halus hingga rata.
4. Letak dalam bekas dan peram selama dua minggu atau 16 hari.

5. Tak perlu simpan dalam peti ais, boleh letak di luar saja.

Inilah hasilnya selepas 2 minggu

Selamat mencuba uols!

Sumber: Suzana Sha’em

 

The post Cara Mudah Buat Telur Masin, Cuma Guna Cuka & Garam. Takde Lagi Dah Tanah Liat ‘Bedak Hitam’ appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top