Berkonvoi sebelum meragut, 3 suspek berjaya ditahan, Toncet masih diburu


13 April lalu, seorang wanita diragut penunggang motosikal di Jalan Pesta, Muar, Johor, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan. 

72 jam selepas kejadian itu berlaku, polis berjaya menangkap empat tiga daripada empat suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kesemua suspek dipercayai terbabit dalam tiga kes ragut di Muar ditahan di Cheras, Kuala Lumpur dan Rawang, Selangor. 

Seorang lagi suspek yang dikenal pasti, Mohd Fariezzuan Shah Che Arif atau Toncet, 27, sedang giat diburu. 

"Tangkapan dibuat terhadap dua lelaki berusia 22 dan 24 tahun dalam dua serbuan berasingan di Cheras dan Kuala Lumpur pada 15 April lalu.

"Mereka direman sehingga 22 April ini untuk membantu siasatan. 

"Sementara seorang lagi suspek berusia 24 tahun ditahan dalam satu serbuan di Rawang, Selangor pagi tadi (17 April) dan akan dipohon reman untuk siasatan lanjut." katanya.



Polis turut merampas tiga motosikal Yamaha Y15ZR, pakaian serta topi keledar yang digunakan dalam tiga kes brekenaan. 

Siasatan juga mendapati, empat suspek berkonvoi motosikal dari Lembah Klang ke Muar untuk melancong, tetapi melakukan jenayah meragut. 

Dalam kes pertama berlaku di stesen minyak di pusat bandar tetapi suspek gagal mendapat apa-apa barang. Kejadian kedua pula berlaku di Jalan Pesta, Bakri, juga gagal dan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. Dalam cubaan ketiga di Jalan Mega, Bakri, suspek berjaya melarikan wang tunai RM4,500.

Semakan rekod mendapati, tiga daripada empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun dan denda atau sebatan. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN:



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top