Bella Astillah Menerima Banyak Mesej Peribadi Yang Tidak Disangka Selepas Kejadian Rumahtangganya

ISTERI Aliff Aziz, Bella Astillah mendedahkan dia sering menerima mesej peribadi daripada wanita yang meminta nasihat ketika berdepan masalah rumah tangga seperti yang dialaminya melalui Instagram.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, berkata mesej perkongsian masalah keluarga yang dihadapi pengikutnya itu benar-benarnya membuatkan dia terharu.

“Saya selalu sangat terima DM (direct message) macam ni. Masyallah saya tersentuh sangat dengan cerita-cerita mereka.

“Saya faham sangat macam mana mereka rasa,” katanya.

Bella berkongsi mengenai perkara itu di Instastory miliknya pada Rabu.

Kebanyakan mesej yang diterima Bella menyatakan rasa kagum dengan ketabahannya selama ini berdepan kemelut rumah tangga.

“Minta maaf memang saya tak mampu untuk reply semua tapi saya baca mesej anda.

“Jadi saya nak bagi cadangan untuk join seminar, sebab saya pun sertai.

“InsyAllah boleh bagi kekuatan pada kita semua,” ujarnya.

Bella sebelum ini berdepan kemelut rumah tangga apabila suaminya, Aliff Aziz kantoi bermain cinta dengan aktres Afifah Nasir.

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu kemudiannya sekali lagi didakwa berlaku curang dengan pelakon baharu, Oktavia Manrose.

Bella Berkolaborasi Dengan Seminar Girl Boss

Bella juga akan kolaborasi dengan Seminar Girl Boss untuk berkongsi tentang bagaimana Bella berjaya bangkit dan mampu berdiri serta menjalani hidup harian serta dugaan yang dilaluinya.

Bella:Yayy! Finally ada kesempatan untuk join kak Kay untuk @seminargirlboss 💪🏻 MashaAllah im sooo happy! Sebab terlalu banyak dm dan bella nak reply satu2 mmg susah disebabkan kekangan masa.
Banyak sangat yang DM tanya lepas tu baca artikel dengan fakta yang salah so Bella nak share sama2 dengan semua wanita. Tapi seminar ni sangat terhad sebab boleh 150 orang sahaja ☹️ Harap dapat jumpa dan berkongsi pengalaman bersama🌹

SEMINAR GIRL BOSS X BELLA ASTILLAH.

Seminar Wanita nombor 1 di Malaysia @seminargirlboss akan berkolaborasi dengan Bella untuk membuat perkongsian tentang bagaimana Bella berjaya bangkit dan mampu berdiri serta menjalani hidup seperti biasa.

Sumber:Mstar & IG BellaAstillah




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top