Anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sebab benarkan orang awam periksa kereta peronda


Beberapa minggu lalu, viral di media sosial sekumpulan penyokong parti politik bertindak memeriksa kereta peronda polis secara paksa di pusat mengundi SJKC Chung Hua, Rantau, Negeri Sembilan, ketika PRK Rantau. 

Akibatnya, beberapa individu yang terbabit telah ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. 

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, anggota polis yang terbabit dalam insiden itu, yang membenarkan kereta peronda polis (MPV) diperiksa oleh orang awam akan dikenakan tindakan tatatertib. 

Tindakan tegas itu katanya, akan dilaksanakan mengikut prosedur di bawah Jabatan Integriti dna Pematuhan Standard (JIPS). 

"Tidak wajar membenarkan MPV diperiksa orang awam yang tidak mempunyai kuasa kerana mereka (anggota polis) boleh memohon bantuan jika keadaan mendesak. 

"Kita ada pelbagai saluran seperti rakan setugas lain berhampiran atau balai berdekatan. Ibu Pejabat Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), tidak timbul alasan membiarkan orang awam menghalang tugas penjawat awam bagi mengelakkan kekecohan," katanya. 


LAPORAN BERKAITAN: 



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top