“Alamak, Nak Buat Surprise Tapi Mak Campak Pulak..” Gelagat lucu Anak Dan Ibu Ni Tarik Perhatian Netizen

Ibu merupakan bidadari pertama yang dilihat sewaktu kita membuka mata saat dilahirkan. Belaian dan pengorbanan seorang ibu tentunya menjadi kekuatan untuk kita terus berusaha supaya dapat membalas jasanya kelak. Ibu umpama guru, sahabat baik mahupun srikandi yang sentiasa cuba melindungi dan menyayangi anaknya lebih dari dirinya sendiri.

Malam tadi, tular sebuah video di laman twitter tentang momen sweet seorang anak lelaki dan ibunya. Video yang dimuat naik oleh Amirul Mustakim itu mendapat lebih dari 14,600 ulang kicau dan 13,600 tanda suka. Rakaman berdurasi saat itu menunjukkan beliau cuba untuk membuat kejutan kepada ibunya namun tidak menjadi.

Ketika itu cuaca mendung dan kelihatan seperti baru lepas hujan, terdapat seorang wanita berpakaian ungu berjalan menuju ke kereta. Wanita berkenaan membuka pintu dan terus mencampakkan beg kertas berwarna merah ke belakang untuk duduk. Wanita berkenaan tidak menyedari bahawa sebenarnya ia adalah hadiah yang dibeli oleh si anak untuk dirinya.

Menurut Amirul ketika dihubungi Siakap Keli, ibu beliau ketika itu baru selesai urusannya. Suasana yang lebat itu menyebabkan ibunya terbuku-buru masuk ke kereta tanpa menyedari hadiah yang diletakkan di tempat duduk penumpang. Amirul sebenarnya berniat hendak memberikan hadiah tersebut ketika di rumah, namun kebetulan ibunya menelefon meminta beliau untuk mengambilnya.

Amirul turut menambah bahawa ibunya sering mengingatkannya supaya berhati-hati membawa kereta.

 

Sumber : Amirul Iskandar 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top