7 Jenis Pakaian & Aksesori Yang Bahaya Jika Dipakai Setiap Hari

 

Walau pun kelihatan cantik tapi tak semua pakaian sesuai dengan kita. Lebih dari itu ada juga jenis pakaian yang boleh membahayakan kesihatan jika dipakai setiap hari.

Trend pakaian  atau aksesori seperti berikut antaranya jika dipakai setiap hari boleh menjejaskan tubuh badan tanpa kita sedari.

1. Skinny jeans

Jeans seperti ini memang kegemaran ramai ketika ini, baik yang tua atau muda. Meskipun kaki anda kurus dan nampak cantik bila mengenakannya sebaiknya pertimbangkan risiko ini jika mahu mengenakannya setiap hari.

Skiny jeans yang ketat dan mengikut bentuk kaki ini menggangu perjalanan darah yang akhirnya menyebabkan masalah varicose dan selulit. Kulit tak boleh ‘bernafas’ kerana fabrik terlalu dekat dengan kulit.

2. Kasut tumit tinggi

Bila memakai kasut tumit tinggi kita mungkin akan kelihatan lebih feminin. Tapi ini bukan alasan untuk mengenakannya setiap hari/ Pemakaiannya boleh menyebabkan sakit belakang, sakit kaki dan bengkak.

3. Kasut rata

Kasut dengan tapak rata juga ada bahayanya. Ia menyebabkan beban pada kaki tidak seimbang dan tiada shock absorption sewaktu berjalan. Ini akan menyebabkan saraf mengembang dan kehilangan elastisiti dan tapak kaki menjadi rata.
Ia menimbulkan kesakitan pada kaki dan belakang.

4. Push up bra

Coli jenis ini memang ada dalam koleksi kebanyakan wanita. Walaupun ia memberi kesan payu dara yang lebih mantap tapi coli jenis ini akan menyekat perjalanan darah dan tekanan yang berterusan juga menyebabkan kanser.

5. Kaca mata hitam

Ia mungkin membuatkan kita kelihatan lebih bergaya namun kita tak boleh mengenakannya pada waktu malam atau di ruangan yang kurang pencahayaan. Ia akan menyebabkan tekanan berlebihan pada mata yang mencetuskan risiko tinggi pembentukan katarak.

6. Sarung kaki

Ia memang akan membuatkan kaki kelihatan cantik tapi megenakannya secara kerap boleh membahayakan. Ada jenis sarung kaki yang memberi kesan negatif kepada perjalanandarah yang sekali gus menyebabkan masalah varicose veins dan selulit.

7. Beg tangan yang dibawa pada sebelah bahu

Membawa beg tangan yang berat memang tidak baik untuk kesihatan. Ia memberi beban pada bahu dan juga tulang belakang hingga boleh menyebabkan scoliosis.

Sumber: Brightside

The post 7 Jenis Pakaian & Aksesori Yang Bahaya Jika Dipakai Setiap Hari appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top