11 individu di Johor diberi amaran selepas dikesan cuba rakam filem 'Avengers: Endgame' malam tadi


Memalukan! 11 individu dikesan cuba merakam filem 'Avengers: Endgame' pada hari pertama filem itu ditayangkan di pawagam di Johor, malam tadi, lapor Harian Metro.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan di panggung wayang terpilih di Johor Bahru ketika filem itu ditayangkan, bagi mencegah cubaan merakam filem itu. 

Sepanjang pemeriksaan itu, sebanyak 11 amaran dikeluarkan kepada penonton kerana cuba merakam. Namun tiada sebarang tangkapan dibuat. 

Sementara di media sosial, netizen turut meluahkan rasa kecewa mereka terhadap segelintir penonton yang bertindak merakam filem itu dan akhirnya mendapat 'hadiah' sinaran cahaya hijau. 







Tidak kurang juga ada individu yang telah menonton filem itu membocorkan jalan ceritanya kepada umum.



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top