Wanita Naik Kereta Mewah Bergaya Tetapi Komplen Harga Kuih 50sen Mahal

Pakai kereta BMW, dompet LV , tudung Aryani, beli kuih tepi jalan pun nak minta diskaun ke wehhhhh.

Acik kuih : eh kay, mehlah singgah ni. Acik bungkus kat kau meehon ni. Mehlah.
Adui acik ni, aku tengah jogging ni lah dia panggil. Dia tak tahu ke orang jogging ni nak pakai kebaya raya ni, di ajak pulak aku melantak meehon sedap dia tuuuu.

K : ala cik, saya diet ni. Acik kuih : alah, kau diet bukan kurus pun. Nah nah acik bungkus ni.

Kau suka keria kan, ni acik bagi sekali. Ada rezki kau pagi ni. K : sedang memberikan senyuman paling manis di dunia. Datang sebuah BMW merah berhenti laju di sebelah aku. “fuyooooo, BMW 7 Series oi” aku cuma bercakap dalam hati. Kalau cakap kuat nanti di katanya aku jakun pula hehehehe

Sis BMW : kuih berapa satu?
Acik kuih : kuih 50 sen cik.
Sis BMW : hah 50sen? Inilah orang melayu, meniaga tepi jalan pun harga macam Yahudi mahalnya. Takkan karipap ni 50sen, sekejaplah saya ambil duit! Eh aku pula yang berasap tengok perempuan ni. Acik kuih cuma menunduk. Sis BMW masih membebel ke arah keretanya mencapai handbag.

Dan aku, dengan sepantas kilat terus membungkus semua kuih yang ada. Ala bukan banyak pun 15 karipap,10 keria, 20 seri muka, 20 donut, 15 popia, 30 ketayap, 15 bingka, 20 cek mek molek, 15 puteri mandi, 20 nona manis. Total tak sampai 100 pun.

Dan sis BMW datang tercengang.
K : cik nah 150. 100 untuk kuih, 50 lagi belanjalah adek cantik ni meehun acik ni, rugi tak makan. Sedap. Dan berjalanlah aku berpenuh tangan ala balik pasar ramadhan.

Adek bangla jalan kaki gi kerja dapat 3 pek. Abang gad 3 orang dapat 4 pek. Polis ronda dapat 3 pek. Aci india tengah jalan dapat 2 pek. Adek jalan kaki gi sekolah dapat 3 pek. Staff kat opis dapat 3 pek. Dan aku masih manis setelah belasah 5 biji kuih nona manis. Ok nyesal makan karbohidrat banyak oi

Kawan-kawan, kalau kau beli kuih tepi jalan, tolonglah jangan minta diskaun. Kalau kau rasa mahal, berlalulah pergi, tak perlu komplen perli perli.

50 sen bukan sekadar harga kuih,
Tapi harga penat lelah acik tu bangun awal pagi dan tidur lewat malam setiap hari. Harga risaunya dia menampung hidup anak di rumah. Harga kasihnya dia pada keluarga yang mengharap hasil jualan itu. Dan kau selamba herdik dia begitu. Hebat sangatkah kau?

Mohon kongsikan cerita ini sebab mana tahu akak BMW tu boleh terbaca post ini hehehhe. Dan mungkin ada kawan kawan kita yang terbiasa minta diskaun begini begitu terlupa akan hal ini.

Sumber: Kamalia Kamal / susukurma

Kredit:OtakBulu




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top