Walaupun Dia Sudah Lama Bergelar Nelayan Tetapi Tidak Menyangka Benda Hitam Yang Seolah Hanyut Ke Arah Pantai

KUALA SELANGOR 5 Mac – Pengunjung di Pantai Sungai Sembilan, dekat Pantai Remis, Jeram, di sini gempar apabila seekor ikan lumba-lumba dipercayai tersesat di kawasan perairan berbatu, di tepi pantai berkenaan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, beberapa penduduk cuba menyelamatkan mamalia berkenaan daripada luka terkena batu dan membantunya berenang semula ke laut.

Husin Jaumar, 58, berkata, kelibat ikan lumba-lumba itu disedari ketika sedang bersantai dengan beberapa rakannya di sebuah warung di tepi pantai tersebut.

“Saya tidak menyangka benda hitam yang seolah-olah hanyut ke arah pantai itu rupa-rupanya seekor ikan lumba-lumba,”

katanya yang juga berpengalaman sebagai nelayan.

“Masa tu, kawan nampak ada ikan besar macam ikan lumba-lumba dekat batu, masa tu air baru nak pasang, jadi takut ikan tu terluka, saya angkat bawa ke tempat berpasir.

“Saya angkat dan cuba selamatkan sementara tunggu air tinggi… ikan tu meronta-ronta nak pergi ke arah batu dan saya pun bisik dan cakap ‘sabar ya’,” katanya.
Hussin yang menetap di Kampung Sungai Janggut itu cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan ikan lumba-lumba itu supaya tidak cedera teruk akibat terkena batu di pantai terbabit.

“Masa tu badan ikan tu dah luka-luka kena batu sebab ombak kuat. Jadi takut jadi teruk, saya cuba nak bawa ke kolam tapi air tawar pula.

“Pada masa sama, kami pun ada telefon untuk minta tolong,” katanya lagi.

Setelah menunggu 30 minit dan melihat keadaan air sudah mulai pasang, Hussain dan rakannya mengangkat semula ikan itu dan bawa ke laut.

“Mula-mula ikan tu patah balik, tapi kami cuba bantu bawa semula ikan tu ke arah laut.

“Alhamdulillah, ikan lumba-lumba tu terus berenang ke laut,” ceritanya lagi.

Hussain mengakui teruja kerana dapat menyelamatkan ikan yang dianggarkan seberat lebih 30 kilogram.

Menurut Husin walaupun sudah lama bergelar nelayan, ini kali pertama dia melihat ikan lumba-lumba dari dekat dan lebih manis dapat memegang serta memeluk mamalia tersebut.

Katanya sebelum itu, dia bersama seorang rakannya mengangkat mamalia sepanjang 1.22 meter dan seberat lebih 35 kilogram itu ke kawasan lebih selamat dan jauh sedikit daripada kawasan berbatu itu sementara menunggu air laut pasang.

Apabila air laut pasang setengah jam kemudian, saya berusaha menolak ikan itu ke tengah tetapi ikan itu beberapa kali patah balik ke arah pantai sebelum akhirnya dia berenang ke laut” katanya.

Jelasnya, penemuan ikan lumba-lumba itu turut dimaklumkan kepada pihak perikanan dan pasukan keselamatan.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Kuala Selangor, Kapten Shaiful Azril Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mamalia itu pada pukul 3.45 petang.

Katanya, sepasukan tiga anggota dengan sebuah kenderaan utiliti digerakkan ke lokasi.

“Bagaimanapun, sebaik sampai didapati ikan lumba-lumba tersebut telah dilepaskan orang ramai ke laut,” katanya.

Video Yang Tular Di Media Sosial

Kredit:MetroTV, Utusan Online, KLViral




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top