(Video) 'Hari-hari kami cuci air mani dia tau' - Owner pasrah, lelaki ini rogol motosikalnya selama setahun


Selasa lalu tersebar di media sosial video seorang lelaki 'meratah' motosikal orang awam di siang hari dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari di Rawang 2, Bandar Baru Rawang. 

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Lea Asheila Ariffin, 26,  berkata, setiap hari dia terpaksa mencuci kesan air mani lelaki terbabit di tempat duduk motosikalnya dan pelbagai kaedah pencegahan yang telah dilakukan bagi menghalangnya mengulangi perbuatan itu, namun menemui kegagalan. 

Difahamkan, kejadian itu telah berlaku selama setahun.


"Apa pendapat kalian bila motor korang kena projek dengan orang macam ni? Hari-hari kami cuci air mani dia tau. Seat dah buh cover pun dia buat lagi. Kami letak peniti pun dia masih buat lagi. 

"Kami nak buat laporan polis, tapi orang-orang di sini kata tak ada guna sebab tak ada function.

"Dah pernah ada kes raba tetek orang, tapi (suspek) masih ada kat sini. Apa nak buat dengan orang macam ni? Nak tunggu ada orang kena rogol dulu agaknya. Ke boleh bawa video ini ke balai?" soalnya. 


Laporan polis telah dibuat pada Rabu lalu dan polis telah melakukan rondaan di kawasan kejadian dan berjaya menemui suspek yang kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk melakukan pemeriksaan. 


"Balai Polis Rawang dah ambil budak ni, bawa pergi check up di HKL. Harap dia kekal di wad atau hospital itu sampai bila-bila dan semoga disembuhkan dari penyakitnya," kata Lea yang juga lega masalah yang dialami selama setahun itu akhirnya menemui jalan penyelesaian. 



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top