(Video) 2 penyamun kejar dan tetak mangsa dengan parang untuk dapatkan gelang emas


Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dua lelaki bermotosikal menetak dan menyamun seorang wanita di hadapan rumahnya, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam dua petang semalam di Taman Sri Gombak, dua suspek yang menunggang motosikal Yamaha Y150 berwarna merah memberhentikan kenderaan itu di belakang sebuah Proton Satria yang diletakkan di hadapan rumah mangsa. 

Salah seorang suspek yang membawa senjata dipercayai parang kemudian turun lalu menyerang mangsa, sebelum disertai oleh rakannya.

Dua suspek itu kemudian melarikan diri selepas berjaya mendapatkan gelang emas milik mangsa. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin mengesahkan kejadian itu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata. 




r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top