Tak Perasan Mata Tercabut! OMG

Kejadian dilaporkan di the Daily Mail, seorang lelaki berusia 26 tahun yang menetap di Timur China telah mengalami kecederaan parah setelah terjatuh di rumahnya. Mata kiri lelaki tersebut telah tercabut tanpa disedarinya.

Kejadian tersebut berlaku di wilayah Shandong, Jinan pada malam Isnin (4hb Mac 2019). Dikatakan, lelaki tersebut tergelincir dan terjatuh di rumahnya sendiri ketika berada dalam keadaan yang sangat mabuk.

Insiden malang tersebut hanya disedari keesokan paginya apabila ahli keluarganya menjumpai beliau dalam keadaan berlumuran darah. Beliau dikejarkan ke klinik tempatan untuk medapatkan rawatan tanpa menyedari bahawa matanya telah tercabut. Kerana kecederaan parah yang dialaminya, lelaki tersebut telah dipindahkan ke Hospital Shandong Qianfoshan.

Di hospital inilah baru para doktor menyedari bahawa mati lelaki tersebut telah hilang!

Menurut Dr Ma Baofeng dari Jabatan Ophtalmology hospital tersebut, keluarga lelaki tersebut telah menerima panggilan telefon dari ahli keluarga lain yang berada di rumah, memaklumkan bahawa mereka telah menjumpai mata lelaki tersebut.

” Mata tersebut telah tertanggal sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pesakit tiba di hospital kami untuk menerima rawatan. Itu adalah terlalu lama bagi organ mata tersebut berada di luar soket dan pastinya telah tercemar”, kata Dr Ma.

Dr. Ma juga menyatakan bahawa otot dan saraf mata pesakit tersebut telah terkoyak teruk dan doktor hanya mampu menjahit luka tersebut, bagi mengelakkan kecederaan dan kerosakan yang lebih teruk.

Apabila ditanyakan tentang insiden tersebut, lelaki berkenaan memberitahu pasukan perubatan yang dia tidak ingat langsung kerana terlalu mabuk!!

 

The post Tak Perasan Mata Tercabut! OMG appeared first on KLICK.MY.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top